4 Elemen Utama Ketika Perkenalkan Diri Semasa Temuduga SPP. Ini Caranya

Soalan yang sering ditanya oleh penemuduga nampak senang tetapi agak sukar untuk dijawab ialah “Sila perkenalkan diri anda.”

Nampak senang untuk dijawab, bukan? Tetapi jika salah dijawab, mungkin tiada markah sekiranya tidak menarik perhatian panel penemuduga.

Nak tahu cara terbaik untuk perkenalkan diri ketika temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) nanti?

4 ELEMEN UTAMA PERKENALKAN DIRI TEMUDUGA SPP

Terdapat 4 elemen utama yang perlu anda nyatakan ketika memperkenalkan diri ketika temuduga SPP iaitu:

1. Pengenalan Diri Secara Ringkas

  • Apa itu pengenalan diri secara ringkas seperti yang dimaksudkan? Nyatakan nama penuh anda serta institut mana anda bergraduasi.
  • Contoh: “Assalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya Ahmad bin Abdul. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Multimedia dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan berasal dari negeri Sarawak.

2. Pencapaian Tertinggi

  • Nyatakan pencapaian tertinggi anda sepanjang anda belajar atau selama ini.
  • Ceritakan secara ringkas agar panel penemuduga lebih faham apa yang cuba anda sampaikan.
  • Contohnya wakil Universiti pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Arab di peringkat universiti kebangsaan.

3. Kepakaran/Kelebihan Diri

  • Ceritakan kepakaran atau kelebihan diri anda yang telah dicapai sebelum ini.
  • Jangan lupa untuk menyusun kepakaran/kelebihan diri anda mengikut keperluan. Sesuaikan kepakaran/kelebihan diri anda dengan profesion perguruan mengikut subjek atau opsyen yang anda pohon.
  • Contoh: “Saya mempunyai kemahiran untuk membuat video serta edit gambar untuk menjadi lebih menarik. Saya juga boleh melukis potret menggunakan Adobe Photoshop. Malah, saya pernah melukis mural di dinding sempena Hari Kemerdekaan tahun 2019 dengan melukis gambar berkaitan kemerdekaan.”

4. Pengalaman

  • Seterusnya ceritakan pengalaman bekerja anda sebelum ini.
  • Jika anda pernah menjadi guru sandaran atau guru ganti atau guru interim, ceritakan pengalaman anda selama ini beserta pencapaian yang telah anda perolehi.
  • Pastikan pengalaman yang dicerita mengandungi tarikh, lokasi dan info yang lengkap mengikut kronologi.
  • Ceritakan pengalaman anda satu persatu dan susun ayat dengan baik agar anda kelihatan lebih profesional serta sangat berminat dengan pekerjaan sebagai guru.

Akhir sekali, anda mesti ingat bahawa sesi memperkenalkan diri ini adalah satu proses untuk ‘menjual’ diri anda untuk memastikan bahawa anda merupakan calon yang berbeza dengan calon yang lain.

Baca juga: [Nota] Temuduga Guru: 11 Anjakan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia & Falsafah Pendidikan Guru. Download Ya!

5 TIPS RINGKAS TEMUDUGA SPP

Antara 5 tips ringkas temuduga untuk calon guru one-off ialah:

PENAMPILAN

  • Calon mesti mengenakan pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga
  • Mesti dalam keadaan kemas

PENGETAHUAN AM

  • Calon mesti memilki pengetahuan asas tentang negara, pendidikan negara dan isu semasa.
  • Mesti cakna dengan isu semasa (isu negara, isu pendidikan, isu sukan)

PERSEDIAAN TEMUDUGA – PENGETAHUAN KONSEP PENDIDIKAN

  • Menghadam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Menghadam Dasar Pendidikan Negara
  • Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
  • Menguasai Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
  • Mengetahui teknik penulisan RPH
  • Mengetahui teori pembelajaran (Taxonomy Bloom dan lain-lain)
  • Menguasai pengetahuan tentang pedagogi, heutagogi, peeragogi, cybergogi.
  • Mengetahui apa itu PAK-21
  • Mengetahui KBSM, KSSM, KBD, KBT

SOALAN UMUM

  • Nyatakan nilai guru yang baik (Pedagogical, Content, Knowledge)
  • Sebab memilih profesion perguruan
  • Perancangan 10 tahun akan datang
  • Cadangan tentang sesuatu perkara (Contoh, memartabatkan Bahasa Arab)
  • Komen tentang sesuatu isu (Contoh, Isu adik Ain, isu denda)
  • Kemahiran diri yang boleh disumbangkan kepada sekolah
  • Refleksi
  • Pengalaman kerja

PERSEDIAAN DIRI

  • Keyakinan diri – mesti jawab setiap soalan panel penemuduga dengan penuh yakin
  • Hubungan mata (Eye contact) Ketika menjawab soalan adalah sangat penting
  • Setiap jawapan yang diberikan MESTI ada CONTOH dan JUSTIFIKASI
    (Contoh soalan: Apakah langkah untuk memartabatkan Bahasa Arab?
    Jawapan: Mengadakan program bulan Bahasa Arab dengan mewajibkan setiap pelajar menyertai salah satu pertandingan /aktiviti yang diadakan :- Quiz Bahasa Arab, Kalimatussobah, Kalam Jamaie, Dikir Arab – Justifikasi, dengan langkah itu, pelajar akan berusaha menambah pengetahuan Bahasa Arab dan mempuk minat dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa Arab).

Rujuk: 5 Tips Ringkas Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.