Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Semak Keputusan Temuduga Guru SPP DG41 One-Off Fasa 1

865

Pemohon yang telah ditemuduga bagi jawatan Guru SPP Gred DG41 secara One-off Tahun 2021 bagi Fasa 1 sudah boleh membuat semakan keputusan temuduga.

Semakan keputusan adalah secara online sahaja dan anda boleh membuat semakan bermula hari ini melalui pautan yang akan dikongsikan disini.

Bagi yang berjaya, tahniah diucapkan. Yang tidak berjaya, cuba lagi pada masa yang akan datang.

KEPUTUSAN TEMUDUGA MENGIKUT OPSYEN

Keputusan temuduga PK PPP Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 (Fasa 1) adalah mengikut opsyen-opsyen seperti berikut:

  • BAHASA CINA
  • BAHASA IBAN
  • BAHASA KADAZANDUSUN
  • BAHASA SEMAI
  • PENDIDIKAN MUZIK
  • TAHFIZ
  • (SJKC) BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • (SJKC) MATEMATIK
  • (SJKC) PENDIDIKAN MUZIK
  • (SJKC) PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
  • (SJKC) PENDIDIKAN KHAS
  • (SJKC) PENDIDIKAN MORAL
  • (SJKC) PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL
  • (SJKC) REKA BENTUK TEKNOLOGI
  • (SJKC) SEJARAH

CARA BUAT SEMAKAN

Seperti yang dimaklumkan, semakan temuduga adalah secara online sahaja dipautan berikut:

Cara Semak Keputusan Temuduga Guru SPP DG41 One-Off Fasa 1

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Kemudian klik Hantar.
  • Status temuduga anda akan dipaparkan.
Nota: Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

TINDAKAN CALON

Apa yang perlu calon lakukan sekiranya berjaya dalam temuduga Guru DG41 One-Off SPP?

Anda perlu:

  • Memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat.
  • PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM

Ingat!

  • Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat.

Apa yang perlu dibuat sekiranya terdapat kesilapan alamat pada surat tawaran?

Jika terdapat kesilapan alamatpada surat tawaran, calon perlu:

Pastikan pada emel tersebut, anda:

  • Mengemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut.

Kemudian SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Cara Semak Keputusan Temuduga Guru SPP DG41 One-Off Fasa 1

Baca juga: RM100 Insentif Khas Untuk Guru & Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai semakan temuduga Guru SPP DG41 One-off, sila dapatkan di:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...