Pastikan Pergerakan Anda Tidak Lebih Radius 10km Atau Diarah Berpatah Balik. Ini Cara Semak Radius Dengan Mudah
Majlis Keselamatan Negara telah menetapkan SOP pergerakan dimana anda perlu alert bahawa pergerakan mestilah tidak melebihi radius 10km dari kediaman anda. Jika lebih, pastinya anda akan diarah untuk berpatah balik.
Arahan yang ditetapkan perlu dipatuhi sepanjang tempoh Total Lockdown yang bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 untuk melandaikan semula lekuk jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.
Bagaimanakah caranya untuk check radius km dengan tepat agar anda tidak diarahkan berpatah balik ketika keluar untuk mendapatkan baragan keperluan sepanjang tempoh total lockdown ini?
RINGKASAN SOP PERGERAKAN SEPANJANG LOCKDOWN
Isi Kandungan
Berikut adalah ringkasan SOP pergerakan sepanjang tempoh lockdown:
- Kapasiti di dalam kenderaan persendirian juga terhad kepada dua orang isi rumah termasuk pemandu.
- Bagi tujuan perubatan maksimum tiga orang termasuk pesakit di dalam kenderaan persendirian.
- Larangan merentas negeri dan daerah yang dikuatkuasakan sebelum ini juga kekal. Larangan itu turut terpakai bagi pasangan jarak jauh (PJJ), kecuali membabitkan kes kecemasan seperti kematian serta ahli keluarga sakit, nazak dan sebagainya yang dibenarkan oleh Polis Diraja Malaysia.
- 80%penjawat awam dan 60% petugas sektor swasta diarahkan bekerja dari rumah.
- Surat kebenaran bekerja bagi sektor terlibat perlu dipohon mengikut Kementerian masing-masing selain MITI.
CARA SEMAK & KENAL PASTI RADIUS 10KM
Untuk membuat semakan radius pergerakan dalam lingkungan 10km, anda hanya perlu klik pauatan:
- https://2kmfromhome.com/10km
- Klik ALLOW untuk penentuan lokasi secara automatik.
- Klik 10KM pada bahagian bar di atas.
- Seterusnya klik pada DROP PIN yang berwarna biru dan tandakan pada kedudukan anda sekarang.
- Lingkaran merah menunjukkan anda berada dalam radius 10km yang telah ditetapkan.
- Jadi, anda dapat menentukan seterusnya mengenalpasti radius pergerakan 10km dengan mudah dan cepat melalui aplikasi ini.
Baca juga: Cara Mohon Surat Kebenaran Untuk Beroperasi Bagi Perkhidmatan Perlu Dibawah Seliaan KPDNHEP
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.