Siapa disini yang telah membuat semakan status iSinar dan keputusannya adalah lulus permohonan? Tetapi anda tidak tahu tarikh sebenar duit bayaran akan dimasukkan ke akaun bank anda.
Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat semakan dan terus check tarikh bayaran pertama seterusnya bayaran bulanan melalui iAkaun KWSP sahaja.
Teruskan bacaan anda dan dapatkan cara yang betul untuk check tarikh bayaran iSinar melalui perkongsian ini sahaja.
INFO RINGKAS iSINAR KWSP
Isi Kandungan
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Terdapat 2 kriteria kelayakan untuk memohon pengeluaran iSinar Akaun 1 iaitu:
Info penuh mengenai cara mohon pengeluaran iSinar, sila dapatkan dipautan berikut:
CARA CHECK TARIKH BAYARAN WANG iSINAR MELALUI iAKAUN KWSP
Untuk check tarikh bayaran wang pendahuluan iSinar ke akaun bank anda mudah sahaja. Anda hanya perlu:
- Klik masuk ke pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
- Klik LOG MASUK.
- Kemudian masukkan USER ID dan klik NEXT.
- Masukkan PASSWORD akaun anda dan klik NEXT.
- Kemudian pada bahagian atas, klik WITHDRAWAL.
- Pada bahagian kiri pula, klik WITHDRAWAL HISTORY.
- Kemudian klik pada iSINAR.
- Anda akan dapat lihat tarikh bayaran pendahuluan pertama dan bayaran bulanan dikreditkan pada bahagian tersebut.
- Semakan tarikh bayaran pertama serta bayaran bulanan seterusnya telah siap.
Apa perlu buat sekiranya permohonan pengeluaran iSinar kategori 1 tidak diluluskan? Klik pautan ini dan dapatkan cara serta dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan.
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.