Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perkongsian Pengalaman Temuduga Jawatan Kerani Admin Syarikat Swasta Beserta Contoh Soalan

2,742

Jawatan di syarikat swasta juga ada sedikit sebanyak persamaan dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Tetapi apabila layak dan dipanggil untuk temuduga, pastinya setiap calon ingin dapatkan sedikit gambaran mengenai temuduga yang dijalankan.

Jom dapatkan sedikit gambaran dan seterusnya dapatkan contoh-contoh soalan temuduga jawatan Kerani Admin di syarikat swasta.

TUGAS KERANI ADMIN

Nak tahu tak apakah kerja-kerja atau tugas sebagai Kerani Admin? Kalau anda nak tahu, berikut adalah tugas-tugas sebagai kerani admin:

  • Membuat draf dan menaip surat untuk ditandatangan oleh bos
  • Menyimpan dokumen penting dalam fail
  • Menguruskan urusan surat-menyurat
  • Menjaga dan menguruskan peralatan pejabat
  • Menguruskan resit atau invoice keluar dan masuk
  • Membuat penyata gaji untuk kakitangan
  • Memaklumkan kepada bos atau majikan jika terdapat perkara yang urgent
  • Menghantar email atau fax kepada organisasi, pelanggan, syarikat atau badan tertentu
  • Menyediakan laporan dan minit mesyuarat jabatan
  • Menjawab panggilan telefon dan menyambungkan kepada orang berkenaan
  • Melaksana tugas-tugas yang lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

PROSES TEMUDUGA

Proses temuduga adalah sama dengan temuduga jabatan kerajaan. Anda mesti berpakaian kemas, hadir awal, lapor diri dengan staf bertugas/kendalikan interview, masuk dengan tertib, berikan fail dan hadapi temuduga dengan tenang.

Jadi, tak ada masalah untuk anda hadir temuduga disyarikat swasta kerana proses temuduganya adalah sama sahaja.

CONTOH-CONTOH SOALAN

Antara soalan-soalan yang ditanya ketika temuduga bagi jawatan Kerani Admin adalah seperti berikut:

  1. Please introduce yourself in English?
  2. Ceritakan dengan lebih lanut mengenai keluarga anda.
  3. Bagaimanakah anda tahu mengenai kekosongan jawatan di syarikat ini?
  4. Ceritakan apa yanganda tahu mengenai syarikat ini?
  5. Adakah anda membuat research mengenai syarikat ini?
  6. Adakah anda mempunyai masalah tempat tinggal atau kenderaan untuk berulang alik kerja?
  7. Boleh ke bekerja dibawah tekanan?
  8. Adakah anda mempunyai komitmen yang lain? Adakah ia mengganggu kerja anda?
  9. Anda mempunyai latar belakang pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Kimia, sanggup ke bekerja sebagai kerani? Mengapa?
  10. Pernah buat ke minit mesyuarat?
  11. Ada basic akaun tak? Pernah buat akaun?
  12. Ada apa-apa soalan tak?

Tipsnya disini, jawab soalan dengan tenang dan jangan terpengaruh dengan provokasi. Berikan jawapan dengan memberikan fakta-fakta yang sesuai mengikut jawatan yang dipohon.

Penting disini untuk anda buat reseacrh company dan jawatan yang dipohon ya!

Lagi satu jangan tipu sunat time interview tau! Tak pasal kena reject. Tak percaya ke? Baca je kisahnya dipautan ini:

Bagi korang yang nak hadir temuduga kerajaan pula, boleh ja dapatkan tips-tips yang dikongsikan ini ya!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Baca juga: Mohon Kerja Kilang Pun Perlu Resume Tau! Biar Ringkas & Padat Tetapi Penuh Maklumat

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...