Seseorang pekerja yang ingin berhenti kerja haruslah membuat surat rasmi berhenti kerja. Surat berhenti kerja ini perlulah disertakan dengan alasan yang munasabah seperti melanjutkan pelajaran, mendapat kerja baru dan sebagainya.
Surat berhenti kerja ini perlu diserahkan kepada majikan dan notis berhenti kerja yang diberikan kepada majikan bergantung kepada syarat sama ada dalam masa 24 jam, satu minggu atau satu bulan.
SURAT BERHENTI KERJA YANG BAIK
Isi Kandungan
Surat berhenti kerja yang baik haruslah ringkas dan tepat. Alasan berhenti kerja yang dinyatakan dalam surat tersebut haruslah jelas. Surat berhenti kerja juga tidak boleh terlalu panjang dan meleret.
Berikut dikongsikan beberapa template contoh surat berhenti kerja dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Anda boleh download template-template berikut secara percuma dan sesuaikan untuk kegunaan anda nanti.