Sudah buat persiapan tabungan anak-anak untuk masa hadapan mereka? Anda tidak perlu bersusah payah kerana anda boleh membuat pendaftaran Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus untuk anak anda secara online sahaja.
Mungkin ramai lagi yang belum tahu apakah itu akaun SSPN serta perbezaannya, teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkan cara mendaftar Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus online langkah demi langkah.
Jadi, cepat daftar akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus online dengan segera dan siapkan tabungan masa hadapan anak-anak anda mulai sekarang.
INFO RINGKAS SSPN-i DAN SSPN-i PLUS
Isi Kandungan
SSPN-i
- Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
- Kini SSPN dijenamakan semula sebagai SSPN-i selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
SSPN-i PLUS
- SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
- SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
- SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
PERBEZAAN AKAUN SSPN-i & SSPN-i PLUS
Berikut adalah perbezaan antara Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus:
FAEDAH MENDAFTAR AKAUN SSPN-i & SSPN-i PLUS ONLINE
Terdapat banyak kelebihan yang akan anda dapati apabila membuat pendaftaran dan menyimpan di akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus seperti:
- Simpanan dijamin kerajaan.
- Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.
- Pemberian dividen yang konsisten. SSPN memberikan dividen sebanyak 4% sejak beberapa tahun lepas.
- SSPN menyediakan takaful, pampasan kematian, manfaat penyakit kritikal, khairat kematian dan elaun hospital.
- Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, kepada pendeposit yang mempunyai anak menyambung pengajian di IPT.
- Layak memohon pinjaman PTPTN.
- Cabutan dan promosi yang memberikan hadiah lumayan kepada pendeposit.
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN AKAUN SSPN-i & SSPN-i PLUS ONLINE
Untuk membuat pendaftaran Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus online, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik link berikut: https://sspniplus.com.my/
- Pilih untuk mendaftar skim SSPN-i atau SSPN-i Plus. Klik salah satu skim yang anda berminat.
- Seterusnya isikan maklumat peribadi anak dan anda.
- Setelah siap, pilih cara membuat bayaran bulanan dan bank yang akan digunakan untuk bayaran.
- Baca terma dan syarat dan klik SETUJU.
- Buat bayaran dengan memasukkan deposit minima ke dalam akaun anak anda.
- Pilih bank yang disediakan untuk melakukan pembayaran pendaftaran.
- Kemudian maklumat pengesahan akan dipaparkan untuk rujukan anda.
- Pendaftaran anda telah siap.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat tambahan mengenai SSPN-i dan SSPN-i Plus di:
- Laman web: www.lovesspn.com
- Talian hotline SSPN: 03-2193 3000
- Facebook Rasmi SSPN
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.