Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Daftar Anak Baru Lahir Di JPN, Buat JanJi Temu Kurang Dari 2 Bulan Kelahiran Untuk Pendaftaran

3,199

Berikutan kes Covid-19 seakan-akan tiada penurunan dan anda perlu membuat janji temu untuk setiap urusan di kaunter pejabat kerajaan, sila buat janji temu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2 bulan lebih awal sebelum kelahiran anak anda.

Ini adalah kerana untuk memudahkan proses pendaftaran kelahiran dan sekurang-kurangnya anda tidak terlewat untuk mendaftarkan bayi baru anda.

Jadi, semak cara membuat janji temu JPN dan apa yang anda perlu lakukan.

Baca juga: Cara Buat Temujanji JPJ & Perkhidmatan Kaunter APAD, PUSPAKOM, LPKP Juga Telah Dibuka

BUAT JANJI TEMU JPN 2 BULAN AWAL SEBELUM KELAHIRAN

Seperti yang dikongsikan seorang ibu melalui Facebooknya:

Siapa yang tengah pregnant tu mohon alert ya. Kalau due date dah kurang dari 2 bulan, dah boleh buat appoinment JPN untuk proses daftar kelahiran. Kalau negeri yang lebih padat dengan penduduk macam Selangor kena buat beberapa bulan awal sebab banyak slot penuh.

Yana baru tau pasal ni tadi, teros buat appoinment. Kena check 1 persatu tarikh dan waktu yang available. So tadi yang paling cepat pon 23.08.2021

Liyana Jasni

Daftar Anak Baru Lahir Di JPN, Buat JanJi Temu Kurang Dari 2 Bulan Kelahiran Untuk Pendaftaran

SYARAT PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAHIRAN BIASA

Syarat permohonan pendaftaran kelahiran biasa di JPN, hanya boleh dibuat oleh  individu berikut:

  • Ibu atau baoa kanak-akank tersebut
  • Penjaga kanak-kanak
  • Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak
  • Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)

PROSEDUR PERMOHONAN

Prosedur permohonan adalah seperti berikut:

  • Pemaklum kelahiran dikehendaki hadir di JPN berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN

Bawa bersama dokumen berikut untuk melengkapkan pendaftaran kelahiran anak anda:

  • Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
  • Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
  • Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung.
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
  1. Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
  2. Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan);
  3. Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan)
DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)
  1. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri  pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan)

CARA BUAT JANJI TEMU DI MYJANJITEMU

Untuk membuat janji temu di MyJanjiTemu sila klik:

Daftar Anak Baru Lahir Di JPN, Buat JanJi Temu Kurang Dari 2 Bulan Kelahiran Untuk Pendaftaran

  • Klik MULA TEMPAHAN
  • Baca terma dan syarat dan klik √ tanda setuju
  • Pilih Tempat & Perkhidmatan, Tarikh & Masa, Maklumat Anda dan klik Slip Tempahan untuk simpanan anda.

TERMA & SYARAT PERMOHONAN ONLINE SISTEM MYJANJITEMU JPN

Berikut adalah terma dan syarat permohonan online sistem MyJanjiTemu

  • Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain.
  • Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga 5 bulan dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan.
  • Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (rujuk portal JPN bagi maklumat Operasi Pejabat ).
  • Pemohon perlu berada di pejabat JPN sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak JPN berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat.
  • Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Tahun 2021. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.
  • Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu. Sila rujuk laman web rasmi jabatan untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.
  • Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula.
  • Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di JPN adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKPB Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa.
  • Perkhidmatan Sistem MyJanjitemu ini adalah percuma. Pihak JPN tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan pendaftaran termasuklah permohonan janji temu.

Baca juga: Ada Urusan Di Tabung Haji Secara Bersemuka? Buat Janji Temu Secara Online Dahulu, Dapat Tarikh Baru Hadir Ke Cawangan Yang Terdekat

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...