Ada Urusan Di Tabung Haji Secara Bersemuka? Buat Janji Temu Secara Online Dahulu, Dapat Tarikh Baru Hadir Ke Cawangan Yang Terdekat

Tidak semua urusan boleh diselesaikan secara online ya!

Bagi anda yang perlu menguruskan dan selesaikan urusan secara bersemuka di Tabung Haji, anda boleh membuat janji temu terlebih dahulu sebelum hadir ke cawangan Tabung haji yang berdekatan dengan anda.

Semak cara membuat janji temu seperti yang dikongsikan disini dan tetapkan tarikh yang sesuai untuk hadir ke cawangan Tabung Haji yang berdekatan dengan anda.

Baca juga: Cara Buat Temujanji JPJ & Perkhidmatan Kaunter APAD, PUSPAKOM, LPKP Juga Telah Dibuka

INFO JANJI TEMU TABUNG HAJI

Janji Temu Tabung Haji diwujudkan untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 yang sedang berlaku di seluruh negara.

Ia juga bertujuan untuk menghadkan urusan secara fizikal di kaunter-kaunter Cawangan Tabung Haji diseluruh negara serta menggalakkan orang ramai membuat urusan secara dalam talian.

Orang ramai juga digalakkan untuk menggunakan kemudahan uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat serta kemudahan perkhidmatan dalam talian TH melalui THIJARI dan Rakan Strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank.

PERKHIDMATAN UNTUK URUSAN JANJI TEMU

Antara perkhidmatan yang digalakkan untuk membuat janji temu adalah:

  • Tuntutan Pusaka
  • Urusan Hibah Amanah
  • Pindahan Simpanan
  • Pindahan Telegrafik
  • Pembatalan Haji
  • Pusaka Hibah/Amanah

Untuk urusan-urusan yang lain juga anda digalakkan untuk membuat janji temu agar segala urusan anda dipermudahkan.

Nota: Bagi urusan pengeluaran, pendeposit boleh menggunakan kemudahan uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat. Pengeluaran juga boleh dilakukan melalui perkhidmatan mesin ATM Bank Islam/Bank Rakyat/Maybank dan CIMB dengan syarat perlu aktifkan link antara TH dan bank berkenaan dahulu.

CARA MEMBUAT JANJI TEMU TABUNG HAJI

Untuk membuat janji temu Tabung Haji bagi segala urusan anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Ada Urusan Di Tabung Haji Secara Bersemuka? Buat Janji Temu Secara Online Dahulu, Dapat Tarikh Baru Hadir Ke Cawangan Yang Terdekat

  • Klik Hantar untuk menghantar permohonan anda.
  • Anda akan menerima notifikasi seperti berikut:

Ada Urusan Di Tabung Haji Secara Bersemuka? Buat Janji Temu Secara Online Dahulu, Dapat Tarikh Baru Hadir Ke Cawangan Yang Terdekat

Nota: Bagi yang tiada kemudahan internet untuk membuat janji temu TH, pendeposit boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat atau pertanyaan mengenai Janji Temu Tabung Haji sila dapatkan di:

  • Tabung Haji Contact Centre (THCC): 03-6207 1919
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.