Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

THiJARI : Tabung Haji Online. Dapatkan Cara Daftar & Semak Baki Disini

6,419

Segala urusan pada masa kini dipermudahkan kerana segalanya boleh dilakukan secara online sahaja. Anda boleh membuat pilihan anda sendiri sama ada untuk memudahkan urusan anda atau sebagainya.

Bagi anda yang gemar untuk melakukan urusan dengan mudah dan dari rumah sahaja, Tabung Haji telah melancarkan satu aplikasi yang bernama THiJARI  untuk memudahkan para pendeposit Tabung Haji membuat semakan baki akaun serta membuat transaksi.

PERKHIDMATAN THiJARI ONLINE

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh THiJARI Online ialah:

  • Menyemak akaun
  • Mencetak penyata akaun
  • Membuat pindahan wang
  • Membuat urusan perkhidmatan Haji
  • Melakukan urusan Kelab TaHa secara dalam talian

THiJARI : Tabung Haji Online. Dapatkan Cara Daftar & Semak Baki Disini

CARA DAFTAR TABUNG HAJI ONLINE MELALUI THiJARI

Untuk membuat pendaftaran, anda perlu mengemaskini semua maklumat ahli termasuk nombor telefon bimbit di kaunter Tabung Haji.

Nombor pengesahan atau TAC akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Pastikan nombor telefon bimbit adalah betul dan aktif bagi mengelakkan masalah ketika proses log masuk ke sistem THiJARI.

Untuk pendaftaran kali pertama, sila ikuti langkah-langkah mendaftar seperti berikut:

THiJARI : Tabung Haji Online. Dapatkan Cara Daftar & Semak Baki Disini

  • Klik PENDAFTARAN seterusnya masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH yang didaftarkan.
  • Klik butang SETERUSNYA dan kemaskini semua butiran yang diminta.
  • Masukkan nombor telefon bimbit yang telah anda daftarkan.
  • Masukkan maklumat peribadi dan kemaskini maklumat peribadi seperti yang diminta.
  • Selesai dan log masuk ke THiJARI.

CARA MENGGUNAKAN THiJARI

Hanya 3 langkah mudah sahaja untuk menggunakan THiJARI ini iaitu:

  • Klik pautan www.thijari.com.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  • Masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Selepas memasukkan semua maklumat peribadi, anda sudah boleh menggunakan THiJARI dan pelbagai perkhidmatan yang disediakan.

THiJARI : Tabung Haji Online. Dapatkan Cara Daftar & Semak Baki Disini

3 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN THIJARI ONLINE

Terdapat 3 perkhidmatan yang disediakan dalam sistem THiJARI iaitu:

1. SIMPANAN DAN PENGELUARAN

Para pelanggan TH boleh melakukan:

  • Semakan ringkasan
  • Butiran akaun dan rekod transaksi
  • Semakan baki akaun
  • Pindahan simpanan dar akaun TH ke akaun TH tanggungan dan pihak ketiga
  • Kemaskini profil
  • Muat turun penyata akaun
  • Penetapan akaun kegemaran

2. URUSAN HAJI

Pelanggan juga boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan muat turun slip pendaftaran Haji. Untuk urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji.

Selain dari itu, anda juga boleh menyemak dan muat turun jadual penerbangan pergi dan balik Haji.

Untuk Kursus Asas Haji pula anda boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus serta muat turun nota kursus haji.

3. KELAB TAHA / TAHA@U

Pendaftaran Kelab Taha / Taha@U juga boleh dibuat melalui THiJARI. Ahli kelab boleh membuat:

  • Semakan status pendaftaran
  • E-kad keahlian kelab
  • Semakan senarai Rakan Kelab Taha / Taha@U.

INFO & PERTANYAAN LANJUT

Sebarang pertanyaan dan info selanjutnya mengenai THiJARI, sila hubungi cawangan Tabung Haji yang berdekatan atau hubungi Tabung Haji Contact Centre di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...