Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar OKU Dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat & Nikmati Keistimewaannya

1,981

Ada tak dikalangan ahli keluarga anda merupakan golongan OKU? Jika ya, pastikan mereka didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan nikmati keistimewannya nanti.

Malahan, mereka yang berdaftar akan mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan individu tersebut.

Golongan OKU yang berdaftar juga bakal menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan, NGO dan badan-badan kebajikan yang berkaitan.

7 KATEGORI OKU LAYAK MENDAFTAR OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Terdapat 7 kategori OKU yang layak mendaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu:

  • Kurang Upaya Pendengaran
  • Kurang Upaya Penglihatan
  • Kurang Upaya Pertuturan
  • Kurang Upaya Fizikal
  • Kurang Upaya Pembelajaran (termasuk Sindrom Down, ADHD, Disleksia, Autisme dan sebagainya)*
  • Kurang Upaya Mental
  • Kurang Upaya Pelbagai (bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.)
Nota: OKU Masalah Pembelajaran kini dikenali sebagai OKU Pembelajaran.*

6 sub kategori di bawah kategori OKU PEMBELAJARAN iaitu:

  • Global Developmenl Delay (GDD)
  • Sindrom Down
  • Intelektual
  • Autisme (Autism Spectrum Disorder)
  • Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Masalah pembelajaran spesifik (Spesific LD) seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia

TUJUAN OKU DIDAFTARKAN JKM

Golongan OKU ini didaftarkan dengan JKM dengan bertujuan:

  • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan.
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

SENARAI KEISTIMEWAAN PENDAFTARAN OKU DENGAN JKM

Antara keistimewaan yang akan dinikmati oleh golongan OKU yang berdaftar ialah:

  • Bantuan Kewangan (Bantuan Am) (Bayaran bulanan berbeza mengikut negeri)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan bagi OKU yang tidak berupaya bekerja
  • Bantuan penjagaan OKU Terlantar
  • Geran Pelancaran
  • Bantuan Alat Tiruan / Alat sokongan
  • Pengurangan Lesen Kenderaan Motor kepada kadar RM2.00 bagi Kenderaan Nasional Tanpa Ubahsuai dan RM1.00 bagi Kenderaan Yang Diubahsuai
  • Potongan harga sebanyak 50% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua pengangkutan awam dan potongan 50% penerbangan domestik bagi Malaysia Airline (MAS) (tidak termasuk pembelian secara online)
  • Program Pendidikan Nasional
  • Bantuan Kewangan Pelajar OKU di Sekolah
  • Bantuan Kewangan Pelajar OKU di IPT
  • Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas
  • (PPK) di Politeknik/Kolej Komuniti
  • Saluran Khas Bagi Pengambilan OKU Di IPTA
  • Peluang Pemulihan/Latihan di Institusi Pemulihan/Latihan kepada OKU
  • Pengecualian Bayaran dan Pembaharuan Daftar Syarikat di SSM
  • Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan
  • Kadar Sewa Rumah yang Rendah (DBKL)
  • Potongan Harga 20% Pembelian Rumah daripada SPNB
  • Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
  • Pengecualian Bayaran Membuat MyKad, Carian Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian
  • Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan (Pasport)

Cara Daftar OKU Dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat & Nikmati Keistimewaannya

Juga dapatkan cara daftar, semakan dan kemaskini 11 Skim Bantuan Secara Online di sini.

CARA DAFTAR OKU DENGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Terdapat beberapa langkah yang perlu anda ikuti untuk membuat pendaftaran serta permohonan seperti berikut:

PENDAFTARAN BARU

Untuk pendaftaran kali pertama anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut:

  • Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta.
  • Satu salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad.
  • Satu keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.

PENDAFTARAN SEMULA

Jika anda adalah pemegang Kad OKU yang lama sebelum tahun 2011, anda digalakkan untuk mendaftar semula dan lengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.

Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:

  • Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis. Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU).
  • OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas.

PERUBAHAN KATEGORI / SUB KATEGORI OKU

Jika terdapat perubahan kategori / sub kategori OKU, anda perlu mengisi:

  • Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.

PENGGANTIAN KAD OKU

Untuk permohonan penggantian Kad OKU pula mestilah disebabkan kerana hal berikut:

  • Kad OKU rosak / hilang.
  • Perubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU.
  • Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis.
Nota: Penggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan.
Cara Daftar OKU Dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat & Nikmati Keistimewaannya

DOWNLOAD & CETAK BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU

Seterusnya, anda boleh download dan cetak borang permohonan pendaftaran OKU disini sahaja dengan klik pautan dibawah.

BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran OKU dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di saluran berikut:

  • Telefon: 03-8323 1656 / 03-8323 1658
  • Facebook: JKM

Atau terus kunjungi cawangan JKM yang terdekat dengan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...