Cara Daftar & Tebus Kredit eBelia RM150 Touch ‘n Go eWallet. Semak Sini

Pada sambutan Hari Belia yang lepas, telah diumumkan bahawa para belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa bakal menerima kredit sebanyak RM150 melalui e-Wallet eBelia.

Seperti sedia maklum juga bahawa penebusan untuk kredit RM150 eBelia ini boleh dilakukan mulai 1 Jun 2021 mengikut aplikasi eWallet masing-masing.

Ia juga bertujuan untuk menggalakkan para belia dan pelajar IPT untuk mengurangkan penggunaan wang secara tunai bagi sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang semakin menular kini.

Dapatkan cara membuat tebusan kredit RM150 eBelia bagi anda yang menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet melalui perkongsian ini.

Baca juga: Daftar & Tebus Kredit Percuma e-Belia RM150 Boost e-Wallet. Ini Cara Daftarnya

INFO RINGKAS TNG EWALLET

TNG eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang). Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD).

TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.

PERKHIDMATAN TNG EWALLET

TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan menarik yang memudahkan urusan seharian anda seperti:

  1. Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
  2. Tambah nilai prabayar telefon anda
  3. Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
  4. Beli tiket wayang
  5. Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  6. Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  7. Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect

TARIKH PENEBUSAN KREDIT EBELIA EWALLET RM150

Tarikh bagi penebusan untuk kredit RM150 eBelia untuk semua jenis aplikasi ini adalah bermula pada:

  • 1 Jun 2021
Nota: Kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.

SYARAT PENEBUSAN KREDIT RM150 EBELIA

Syarat untuk penebusan kredit RM150 eBelia adalah:

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun
  • Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja

CARA TEBUS KREDIT RM150 EBELIA TOUCH N GO EWALLET

Untuk membuat penebusan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan seperti berikut:

  • Klik EBELIA CREDIT pada aplikasi TNG eWallet anda.
  • Klik LET’S GO dan ambil gambar kad pengenalan/MyKad anda depan dan belakang.
  • Seterusnya ambil gambar selfie anda dengan jelas seperti yang diperlukan.
  • Akhir sekali tunggu dalam tempoh 48 jam untuk akaun anda diverifikasikan.
  • Selepas itu, selamat berbelanja!

TUKAR NOMBOR TELEFON

Bagi anda yang ingin menukar nombor telefon dan masih lagi ingin menggunakan akaun Touch n Go Ewallet yang sedia ada, berikut adalah langkah-langkah untu menukar nombor telefon yang boleh dijadikan panduan:

  • Klik pada ikon “Profile” di bahagian atas sebelah kanan halaman utama app
  • Pilih “Setting” diikuti dengan “Change Mobile Number”
  • Jawab Soalan Keselamatan
  • Masukkan nombor telefon mudah alih baharu anda
  • Masukkan OTP yang dihantar ke nombor telefon baharu anda.

Baca juga: Jom Tebus Kredit Percuma RM150 e-Belia ShopeePay. Ini Cara Daftar & Aktifkannya

Cara Daftar & Tebus Kredit eBelia RM150 Touch 'n Go eWallet. Semak Sini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai tebusan RM150 kredit eBelia sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.