Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA Secara Online

Usahawan wanita yang ingin mengembangkan perniagaan masing-masing boleh memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) yang telah ditawarkan oleh MARA.

Permohonan adalah secara online dan anda boleh mendapatkan semua maklumat yang anda inginkan melalui artikel yang dikongsikan ini.

Baca juga: Cara Mohon MyPremis, Sewaan Premis Bangunan Majlis Amanah Rakyat MARA

INFO RINGKAS SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN KHAS WANITA (DANANITA) MARA

Tujuan utama Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA ialah:

  • Memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
  • Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan.

Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA Secara Online

SYARAT-SYARAT ASAS SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN KHAS WANITA (DANANITA) MARA

Antara syarat-syarat asas Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA yang ditetapkan ialah:

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA

SKOP PEMBIAYAAN

Skop pembiayaan pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan

HAD PEMBIAYAAN YANG DITETAPKAN

Had pembiayaan yang dtetapkan sekiranya memenuhi syarat adalah sebanyak:

  • RM50,000

Tempoh pembiayaan bagi pembiayaan yang diberikan adalah selama:

  • 1 hingga 10 tahun atau 12 hingga 120 bulan

Kadar keuntungan pula adalah sebanyak 4% sahaja.

JAMINAN ATAU CAGARAN

Antara jaminan atau cagaran yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Jaminan

  • Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.

Atau

Cagaran

  • Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.

Atau

  • Gabungan kedua-duanya sekali.

Atau

Simpanan Tetap

  • Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online. Klik pautan dibawah untuk membuat permohonan anda:

Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA Secara Online

SENARAI DOKUMEN

Dapatkan senarai lengkap dokumen untuk permohonan seperti berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.