Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pelajar OKU Tidak Dinafikan Peluang Ambil Kursus Dipohon Melalui UPUOnline. KPT Amal Dasar Inklusif OKU

1,501

Untuk pengetahuan anda, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ada melaksanakan satu dasar dimana pelajar OKU yang ingin menyambung pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak dinafikan hak mereka untuk memilih kursus yang sesuai dengan kelayakan.

Dasar tersebut ialah Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya (OKU) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan ianya masih lagi diamalkan sehingga kini tanpa sebarang sekatan terhadap golongan tersebut.

Malahan golongan OKU ini sentiasa menjadi keutamaan dan boleh memohon untuk menyambung belajar seperti manan golongan normal yang lain.

Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan

APA ITU DASAR INKLUSIF ORANG KURANG UPAYA (OKU) IPT?

Dasar Inklusif OKU IPT adalah:

  • Telah dilancarkan pada November 2018 dan keperluan pihak IPT menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar OKU telah dimaklumkan kepada semua IPT melalui amanat Y.B. Menteri Pendidikan pada 14 Januari 2019
  • Menghapuskan pengasingan pelajar OKU daripada pelajar-pelajar lain. Dasar ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada pelajar OKU malahan kepada pelajarpelajar lain juga. Penekanan Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah boleh dilihat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025.

5 UNIVERSITI TUBUH UNIT PERKHIDMATAN OKU IPT

Antara 5 universiti yang menubuhkan Unit Perkhidmatan OKU IPT ialah:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Dan dalam bab kemasukan ke Universiti Awam, untuk sesi 2019/2020 Kementerian Pendidikan telah menyediakan tempat untuk 547 OKU.

PELUANG PENDIDIKAN DIPERLUASKAN KPT

Kementerian juga telah memperluaskan peluang pendidikan dengan mewujudkan laluan khas kepada:

  • Golongan B40
  • OKU
  • Orang Asli
  • Atlet

Peluang pendidikan ini diperluaskan kepada golongan ini untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di peringkat sijil, diploma, asasi dan ijazah sarjana muda.

Golongan ini hanya perlu melepasi syarat am dan syarat khas program seperti ditetapkan oleh universiti yang dipilih.

AKSES PENDIDIKAN & PERKONGSIAN DATA

Usaha meningkatkan akses pendidikan bagi B40, OKU, Orang Asli dan atlet, untuk memastikan ekuiti di peringkat pengajian tinggi dengan memberi peluang kepada setiap pelajar mencapai potensi diri sepenuhnya.

Peluang itu tanpa mengira:

  • Lokasi
  • Bangsa
  • Jantina
  • Latar belakang sosio-ekonomi

Dan ianya adalah seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia – Pendidikan Tinggi.

Semua data berkaitan laluan khas untuk golongan berkenaan adalah dengan kerjasama strategik pelbagai pihak bagi perkongsian data iaitu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk data OKU dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk Orang Asli.

Selain itu, Bahagian Sukan Kokurikulum Dan Kesenian, KPT untuk data atlet sukan dan seterusnya data e-KASIH dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri untuk data B40.

Pelajar OKU Tidak Dinafikan Peluang Ambil Kursus Dipohon Melalui UPUOnline. KPT Amal Dasar Inklusif OKU

VIRAL PELAJAR OKU DINAFIKAN HAK AMBIL KURSUS DI UPUONLINE

Melalui kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi, terdapat laporan daripada pelajar OKU bahawa beliau telah dinafikan hak untuk mengambil kursus yang sesuai secara online di UPUOnline.

Semasa fasa kemas kini UPUOnline, dia mendapati pilihan kursus-kursus yang dibuat sebelum ini telah dikosongkan dan pada masa sama, senarai kelayakannya hanya menunjukkan dua progam diploma dan 20 program sijil kolej komuniti yang boleh dipohon.

Walaupun terdapat 20 universiti awam, 36 politeknik dan empat institusi latihan kemahiran awam (di Malaysia), dia hanya diberi peluang untuk memohon ke dua program diploma dan selebihnya merupakan program sijil kolej komuniti hanya disebabkan ketidakupayaan fizikal yang dihadapinya.

Manakala menurut UPUOnline, pemohon hanya dapat memohon program mesra OKU yang telah ditentukan oleh universiti berdasarkan jenis kecacatan yang dihadapi oleh pemohon.

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pelajar OKU Tidak Dinafikan Peluang Ambil Kursus Dipohon Melalui UPUOnline. KPT Amal Dasar Inklusif OKU

Jadi diharap isu ini tidak akan berbangkit lagi dan dapat diselesaikan dengan segera kerana ianya bukanlah kes terpencil kerana ada pemohon kurang upaya lain yang berdepan masalah serupa ketika membuat permohonan melalui UPUOnline.

SUMBER

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...