Kadar Denda Hilang MyKad IC Yang Perlu Anda Tahu. Boleh Cecah RM1000 Tau

Anda tahu tak sekiranya anda kehilangan IC kad pengenalan, anda boleh dikenakan bayaran untuk buat MyKad yang baru!

Bayaran denda hilang MyKad yang dikenakan pula boleh mencecah RM1,000. Jangan ambil mudah, jika cuai terbanglah duit anda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kadar bayaran yang dikenakan sekiranya anda kehilangan MyKad.

KADAR DENDA HILANG IC MYKAD

Berikut adalah kadar bayaran yang akan dikenakan ke atas setiap kehilangan MyKad yang berpunca daripada kecuaian diri:

HILANG IC LEBIH DARI 3 KALI?

Apabila anda hilang IC kali ketiga dan seterusnya pemilik Kad Pengenalan akan dirujuk ke Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Jabatan. Jadi jangan main-main.

HILANG MYKAD DISEBABKAN KEMALANGAN

Sekiranya anda kehilangan MyKad berpunca daripada kes kecurian, rompakan, kemalangan dan sebagainya, anda boleh buat laporan polis terlebih dahulu.

Untuk kes-kes selain daripada kecuaian, anda hanya perlu membawa laporan polis ke JPN untuk buat MyKad baru tanpa sebarang bayaran.

Untuk pertukaran alamat, kerosakan pada MyKad dan pertukaran MyKad baru, anda perlu membawa MyKad asal dan bayaran RM10.00 dikenakan. Tiada bayaran Fi jika anda ingin menukar kad baharu.

PERMOHONAN GANTIAN KAD PENGENALAN

Berikut adalah panduan membuat permohonan gantian kad pengenalan:

  1. Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.
  2. Perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah (bagi kehilangan kali pertama dan seterusnya) ataupun akibat kecuaian (diwajibkan bagi kes kehilangan kali kedua dan seterusnya). Laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.

Jadi pastikan anda jaga elok-elok MyKad masing-masing. Jangan disebabkan kecuaian anda di denda.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.