Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM10,000 Denda Potong Barisan Untuk Vaksinasi. Ini Cara Daftar Guna MySejahtera

1,479

Jangan berebut kerana semua rakyat Malaysia akan mendapat vaksin sepertimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Malaysia. Terdapat 5 kaedah untuk membuat pendaftaran vaksinasi Covid-19 dan paling mudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Antara kaedah untuk membuat pendaftaran vaksinasi Covid-19 ialah:

  • Laman web
  • MySejahtera
  • Talian hotline
  • Fasiliti kesihatan
  • Outreach

Rujuk: 5 Kaedah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

JUMLAH DENDA POTONG BARISAN VAKSINASI

Jumlah denda yang dikenakan adalah sebanyak:

  • RM10,000 maksimum

Tindakan boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Seksyen 21A – Arahan Ketua Pengarah.

Selain itu, ia termaktub dalam Seksyen 31 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa mulai 11 Mac ini.

Peruntukan baharu ini adalah sebagai punca kuasa untuk mengenakan penalti di bawah Akta 342 bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan di dalamnya.
Peraturan di bawah subseksyen ini kita boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan untuk menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda.

CARA DAFTAR VAKSINASI COVID-19 MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

Untuk mendaftar terima vaksin melalui MySejahtera, sila ikut langkah-langkah berikut:

RM10,000 Denda Potong Barisan Untuk Vaksinasi. Ini Cara Daftar Guna MySejahtera

Rujuk: Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

TEMPOH TEMUJANJI PENDAFTARAN VAKSINASI

Temu janji akan diberikan secara berperingkat selaras dengan fasa yang telah dikenalpasti bagi seseorang individu.

Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan.

Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan. Dalam tempoh dua minggu ini, penerima vaksin akan diberi peringatan sama ada melalui aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.

TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN MENGIKUT FASA

Tempoh pelaksaan adalah mengikut fasa seperti berikut:

  • FASA PERTAMA: Hujung Februari hingga April 2021
  • FASA KEDUA: April hingga Ogos 2021
  • FASA KETIGA: Mei 2021 hingga Februari 2022

Baca juga: 3 Fasa Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula Akhir Februari

GARIS PANDUAN PENETAPAN SENARAI BARISAN PETUGAS HADAPAN BAGI PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN

Dapatkan garis panduan penetapan senarai barisan petugas hadapan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan seperti berikut:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...