Cara Mohon Bantuan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Dalam Negara & Luar Negara Lembaga Zakat Negeri Kedah
Berita baik untuk semua pelajar di negeri Kedah yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara!
Anda semua dipelawa untuk memohon Skim Bantuan Awal IPT 2021 iaitu Dermasiswa Melanjutkan Pengajian ke IPT Dalam Negara dan Luar Negara.
Dapatkan info lengkap mengenai permohonan Skim Bantuan Awal IPT 2021 disini seterusnya cara membuat permohonan.
TARIKH AKHIR PERMOHONAN
Isi Kandungan
Pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di IPT dalam dan luar negara boleh mmebuat permohonan mulai hari ini sehingga tarikh akhir pada:
- 31 Disember 2021
JUMLAH DERMASISWA MELANJTKAN PENGAJIAN KE IPT DALAM NEGARA & LUAR NEGARA
Jumlah Skim Bantuan Awal IPT 2021 untuk Dermasiswa Melanjutkan Pengajian ke IPT Dalam Negara dan Luar Negara kepada setiap pelajar adalah mengikut kategori seperti berikut:
- Sijil/Matrikulasi: RM300
- Diploma: RM600
- Ijazah: RM800
- IPT Luar Negara: RM1,000
SYARAT KELAYAKAN
Siapa yang layak membuat permohonan Skim Bantuan Awal IPT 2021 untuk Dermasiswa Melanjutkan Pengajian ke IPT Dalam Negara dan Luar Negara LZNK ini?
- Semua pelajar Semester Pertama IPT Dalam dan Luar Negara
- Beragama Islam
- Menetap atau bermaustatin di negeri Kedah
- Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti.
- Program pengajian bagi peringkat PASCA-SISWAZAH atau SEPARUH MASA adalah TIDAK LAYAK.
- Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga(3) bulan pengajian.
- Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
- Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
- Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon bantuan Awal IPTA.
- Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
- LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan.
DOKUMEN SOKONGAN
Sediakan dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)
- Salinan Kad Pengenalan Waris/Penjaga
- Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
- Salinan Slip Bank/Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akuan pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.
- Salinan Akaun Bank yang tertera nama Pemohon (Pelajar)
- Lain-lain dokumen khusus yang perlu disertakan bersama permohonan seperti Surat bermastautin/Surat Rayuan Permohonan/Resit Zakat (bagi yang berkaitan sahaja)
CARA MOHON
Buat permohonan melalui pautan berikut:
- http://ipt.zakatkedah.com.my/
- Pilih Dermasiswa Awal IPT Dalam Negara atau Dermasiswa Awal IPT Luar Negara
- Isi borang permohonan dengan lengkap
- Muat naik dokumen yang diperlukan
- Buat perakuan permohonan dan klik Hantar Permohonan.
Baca juga: RM3,000 Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 MAIWP. Muat Turun Borang & Mohon
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Bantuan Awal IPT 2021 untuk Dermasiswa Melanjutkan Pengajian ke IPT Dalam Negara dan Luar Negara LZNK, sila dapatkan di:
- 04-733 1740
- https://www.zakatkedah.com.my/
- Facebook LZNK
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.