Diskaun 70% Saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bermula 13 April 2021

Bersempena sambutan ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ke-75, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong mengumumkan diskaun saman sehingga 70%.

Tawaran diskaun saman sebanyak 70% ini adalah untuk semua jenis sama dan kompaun yang dikeluarkan selama dua bulan bermula 13 April 2021.

Sebelum itu, sempena Hari Polis yang ke-214, orang ramai yang mempunyai saman boleh mendaftar MyBayar Saman dan membayar saman dengan diskaun sehingga 50%.

Rujuk: Daftar MyBayar Saman & Dapatkan Diskaun Saman Sehingga 50%. Ini Cara Daftar

TARIKH DISKAUN SAMAN JPJ 70%

Tarikh diskaun saman dan kompaun JPJ sebanyak 70% ialah pada:

  • 13 April 2021 hingga 11 Jun 2021

CARA MEMBAYAR DISKAUN SAMAN JPJ 70%

Untuk membayar diskaun saman dan kompaun JPJ 70% anda boleh pembayaran seperti berikut:

  • Membuat pembayaran saman secara online di portal rasmi JPJ
  • Kaunter JPJ
  • Kiosk JPJ

Pembayaran perlu dibuat secara online untuk memudahkan urusan selain dapat mengurangkan kesesakan ketika musim pandemik Covid-19.

JENIS KESALAHAN

Diskaun 70% adalah untuk semua jenis saman yang dikeluarkan bagi kesalahan seperti berikut:

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya,
  • Termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Diskaun 70% Saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bermula 13 April 2021

SISTEM MENUNGGU GILIRAN ONLINE JPJeQ

JPJ juga turut memperkenalkn sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu:

  • Sistem JPJeQ

Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR dengan memilih pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan bagi mengelak kesesakan yang berlaku di kaunter atau perlu beratur panjanga dalam menyelesaikan pelbagai urusan.

TARIKH PENDAFTARAN FD

JPJ turut melancarkan siri nombor pendaftaran ‘FD’ bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya yang boleh dibida secara dalam talian menerusi JPJeBid mulai:

  • 12 April 2021 dan tamat 16 April 2021 pada pukul 10 malam.

Bidaan tersebut akan berlangsung selama lima hari di mana keputusan rasmi dari segi pembida-pembida yang berjaya akan diumumkan dalam tempoh 24 jam setelah e-bidaan ditutup.

Diskaun 70% Saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bermula 13 April 2021

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.