Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Diskaun Saman Trafik Sebanyak 50% Selama Sebulan Mulai 18 Jun 2021

8,050

Berita baik buat kita semua!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan Trafik akan menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50% atau separuh harga mulai 18 Jun 2021 sehingga 18 Julai 2021 ini.

Sudah daftar sebagai pengguna aplikasi MyBayar Saman belum? Jika belum, anda boleh berbuat sekarang dan buat bayaran kompaun dengan separuh harga sahaja.

Rujuk: Daftar MyBayar Saman & Dapatkan Diskaun Saman Sehingga 50%. Ini Cara Daftar

TEMPOH DISKAUN SAMAN TRAFIK 50%

Tempoh diskaun saman trafik adalah semalam sebulan mulai:

  • 18 Jun 2021 hingga 18 Julai 2021

KAEDAH BAYARAN SAMAN

Kaedah bayaran saman adalah secara:

  • Online melalui portal atau aplikasi MyBayar Saman

DAFTAR MYBAYAR SAMAN

Anda boleh mendaftar MyBayar Saman samada melalui portal atau muat turun aplikasi seperti berikut:

Nota: Kaunter pembayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen akan ditutup sepanjang pengurangan saman ini diberikan

JENIS DISKAUN SAMAN 50%

Jenis saman yang mendat diskaun sebanyak 50% adalah:

  • Semua saman yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.
  • Tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kesalahan-kesalahan utama tahun 2021, kesalahan berkaitan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan kes saman dalam sebutan mahkamah.

KENYATAAN MEDIA

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh PDRM berhubung diskaun saman trafik sebanyak 50% mulai 18 Jun sehingga 18 Julai 2021.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...