Siapa disini anggota atau pemegang saham Bank Rakyat? Tahukah anda bahawa Bank Rakyat telah mengumumkan pembayaran dividen tahun 2020 adalah sebanyak 13% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding 4% pada tahun sebelumnya.
Kadar dividen yang diberikan oleh Bank Rakyat kepada anggota atau pemegang sahamnya bagi kali ini adalah lebih tinggi daripada Amanah Saham Nasional Bumiputra (ASNB) iaitu sebanyak 4.25%.
Rujuk: ASB: Tarikh Umum Serta Jumlah Kadar Dividen Dan Bonus Tahun 2020
Menariknya disini, walaupun negara dilanda Covid-19, Bank Rakyat masih lagi mampu memberikan dividen yang agak tinggi kepada anggota atau pemegang sahamnya.
Jom buat semakan dividen anda secara online sahaja seperti yang dikongsikan disini.
JUMLAH DIVIDEN BANK RAKYAT 2020
Isi Kandungan
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, jumlah dividen Bank Rakyat bagi Tahun 2020 ialah:
- 13%
TARIKH PEMBAYARAN DIVIDEN
Pembayaran dividen Bank Rakyat akan dikreditkan ke akaun anggota/pemegang saham masing-masing bermula:
- 12 April 2021
PERBEZAAN JUMLAH DIVIDEN SAHAM BANK RAKYAT 2015-2020
TAHUN KEWANGAN | JUMLAH DIVIDEN |
2020 | 13% |
2019 | 14% |
2018 | 13% |
2017 | 16% |
2016 | 15% |
2015 | 13% |
CARA MEMBUAT SEMAKAN DIVIDEN BANK RAKYAT
Anggota atau pemegang saham Bank Rakyat boleh membuat semakan dividen masing-masing melalui:
- Portal iRakyat: https://www.irakyat.com.my/
- Klik LOGIN dan klik PERSONAL BANKING.
- Masukkan USERNAME dan klik LOGIN.
- Klik ACCOUNT OVERVIEW dan semak bayaran dividen anda.
CARA MELABUR SAHAM BANK RAKYAT
Untuk pengetahuan anda, pelaburan saham Bank Rakyat TELAH DITUTUP bermula 6 Januari 2014.
Jadi, TIADA sebarang permohonan pelaburan saham Bank Rakyat dibuka lagi buat masa ini dan sekiranya ada, Bank Rakyat akan mengumumkan melalui media massa.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai saham dan dividen Bank Rakyat di:
- Telefon: 1 300 80 5454
- Laman web: https://www.bankrakyat.com.my/
- Facebook Bank Rakyat
- Twitter Bank Rakyat
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.