Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar Pelbagai Majlis & Pemilik Premis Perniagaan Melalui SabahTrace

2,001

Kerajaan telah menyediakan satu alternatif untuk rakyatnya membuat pendaftaran masuk ke premis perniagaan dan sebagainya selain daripada menggunakan MySejahtera untuk mengimbas QR Code.

Aplikasi tersebut adalah Sabah Trace yang mana ia merupakan satu kaedah pemeriksaan tanpa sentuhan setiap pelanggan yang akan memasuki premis yang dilawati.

Selain itu, anak-anak yang mempunyai ibu bapa warga emas digalakkan utuk mendaftaran ibu bapa masing-masing untuk vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera dengan segera.

INFO RINGKAS

SabahTrace ialah sistem daftar masuk secara digital yang diletakkan di ruang hadapan premis-premis terpilih di negeri Sabah seperti premis pejabat kerajaan untuk perkhidmatan perlu (essential services), kawasan khas pelawat dan ruangan orang awam untuk membolehkan individu membuat pendaftaran nama dan nombor telefon mudah alih bagi memudahkan usaha pengesanan kontak.

SabahTrace digunakan untuk mengumpul dan mengesahkan data di pintu masuk melalui (1) imbasan kod QR seperti yang dipaparkan di lokasi atau (2) memasukkan secara manual QR ID yang dipaparkan di imej kod QR dalam laman web.

SabahTrace akan menyediakan maklumat yang kemaskini untuk membolehkan Kerajaan melakukan pengesanan kontak secara lebih cekap dan berkesan apabila terdapatnya laporan mengenai positif Covid-19 di lokasi berdekatan dengan premis.

KEGUNAAN SABAHTRACE

Kegunaan Sabah Trace adalah seperti berikut:

PERNIAGAAN

  • SabahTrace menyokong perniagaan anda melalui log masuk portal digital yang tidak bersentuhan dan bersih. Ini mengurangkan kerja manual seperti kaedah buku log yang menggunakan tulisan tangan bagi setiap pelanggan yang memasuki premis.

MASYARAKAT

  • SabahTrace membolehkan pengesanan sosial di antara komuniti. Ini memudahkan orang ramai mendaftar masuk dengan cepat di lokasi tanpa perlu beratur menulis pendaftaran di dalam buku log.

INDIVIDU

  • SabahTrace membolehkan anda daftar masuk secara digital tanpa bersentuhan dan bersih dengan mudah menggunakan telefon bimbit anda sendiri bagi memenuhi tanggungjawab sosial anda untuk saling melindungi antara satu sama lain.

TEMPAT SABAHTRACE DIGUNAKAN

Antara tempat yang menggunakan Sabah Trace adalah:

  1. Kedai makan contohnya restoran, medan selera, pusat penjaja, kedai kopi
  2. Tempat kerja contohnya pejabat, kilang
  3. Sekolah dan Institut Pengajian
  4. Pusat penjagaan kesihatan contohnya hospital, klinik dan klinik TCM
  5. Rumah penjagaan kesihatan contohnya kediaman perawatan
  6. Pra-sekolah
  7. Kedai gunting rambut
  8. Pasar raya
  9. Pasar kering atau basah yang terpilih
  10. Pusat beli belah
  11. Hotel

SabahTrace akan dilancarkan secara berperingkat kepada lain-lain perkhidmatan contohnya tempat terbuka kunjungan orang ramai, teksi dan bas untuk menyokong usaha pengesanan kontak.

Senarai tempat-tempat yang menggunakan SabahTrace akan dikemaskini melalui pautan berikut: https://sabahtrace.my.

CARA DAFTAR SABAHTRACE

Cara untuk mendaftar SabahTrace adalah seperti berikut:

PENDAFTARAN PEMILIK PREMIS

Cara Daftar Pelbagai Majlis & Pemilik Premis Perniagaan Melalui SabahTrace

  • Masukkan butiran yang diperlukan dengan maklumat yang tepat.
  • Setelah pendaftaran selesai, anda akan menerima QR Code dan e-mel dengan salinan kod QR yang boleh dicetak.
  • Cetak dan paparkan salinan ini di pintu masuk premis di mana-mana bahagian yang sesuai.

PENDAFTARAN MAJLIS SOSIAL

Cara Daftar Pelbagai Majlis & Pemilik Premis Perniagaan Melalui SabahTrace

  • Masukkan butiran yang diperlukan dengan maklumat yang tepat.
  • Setelah pendaftaran selesai, anda akan menerima QR Code dan e-mel dengan salinan kod QR yang boleh dicetak.
  • Cetak dan paparkan salinan ini di pintu masuk premis di mana-mana bahagian yang sesuai.

DAFTAR MASUK KOD QR

  • Imbas Kod QR premis yang telah anda kunjungi.
  • Dapatkan bacaan suhu.
  • Masukkan nama, IC, nombor telefon bimbit dan bacaan suhu untuk meneruskan daftar masuk.

DAFTAR MASUK MANUAL

  • Akses halaman daftar masuk melalui URL http://sabahtrace.my dan masukkan ID QR.
  • Dapatkan bacaan suhu.
  • Masukkan nama, IC, telefon bimbit dan bacaan suhu dan teruskan ke daftar masuk.

Baca juga: Cara Guna Hotspot Tracker MySejahtera & Kesan Kes Covid-19 Jarak 1KM Radius

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai SabahTrace sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...