Informasi

Dokumen Penting JPJ Rosak/Hilang Akibat Banjir Boleh Diganti Secara Percuma Sahaja

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

28 December 2021
1 min baca
Isi Kandungan

Tahukah anda bahawa mangsa banjir yang kehilangan dan kerosakan dokumen penting Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mendapat ganti secara percuma sahaja.

Anda boleh menggantikan dokumen penting tersebut berkuatkuasa serta merta dengan tujuan untuk membantu mangsa banjir yang terkesan akibat banjir yang melanda dan menyebabkan kehilangan dan kerosakan dokumen penting JPJ.

Jom teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan info selanjutnya.

DOKUMEN PENTING JPJ ROSAK / HILANG YANG BOLEH DIGANTIKAN SECARA PERCUMA

Berikut adalah dokumen penting JPJ rosak / hilang yang boleh digantikan secara percuma:

  1. Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  2. Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  3. Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Dokumen Penting JPJ Rosak / Hilang Akibat Banjir Boleh Diganti Secara Percuma Sahaja

CARA MOHON PENGGANTIAN DOKUMEN PENTING JPJ ROSAK / HILANG

Untuk membuat permohonan penggantian dokumen penting JPJ rosak/hilang mudah sahaja. Anda perlu:

  • Pemilik dokumen perlu hadir sendiri dengan membawa dokumen asal yang rosak untuk mendapatkan salinan gantian.
  • Mengemukakakn salinan laporan polis sebagai bukti kehilangan.
  • Kemukakan Borang Pendaftaran Mangsa Bencana yang dikeluarkan Pejabat Daerah/JKM

Dokumen Penting JPJ Rosak / Hilang Akibat Banjir Boleh Diganti Secara Percuma Sahaja

Baca juga: Penggantian Kad Pengenalan, Pasport & Dokumen Peribadi Hilang/Rosak Akibat Banjir Secara Percuma!

KELONGGARAN PENGUATKUASAAN

Bagi pematuhan dan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan dan persendirian yang terlibat dengan:

  • Operasi menyelamat
  • Membawa bekalan bantuan kepada mangsa banjir

Dan sehingga bencana ini terkawal sepenuhnya.

Dokumen Penting JPJ Rosak / Hilang Akibat Banjir Boleh Diganti Secara Percuma Sahaja

Baca juga: Contoh Surat Perakuan Tidak Hadir Ke Pejabat Atas Sebab Kecemasan Mengikut Pekeliling. Download Disini

SUMBER

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.