Tahukah anda bahawa mangsa banjir yang kehilangan dan kerosakan dokumen penting Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mendapat ganti secara percuma sahaja.
Anda boleh menggantikan dokumen penting tersebut berkuatkuasa serta merta dengan tujuan untuk membantu mangsa banjir yang terkesan akibat banjir yang melanda dan menyebabkan kehilangan dan kerosakan dokumen penting JPJ.
Jom teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan info selanjutnya.
DOKUMEN PENTING JPJ ROSAK / HILANG YANG BOLEH DIGANTIKAN SECARA PERCUMA
Isi Kandungan
Berikut adalah dokumen penting JPJ rosak / hilang yang boleh digantikan secara percuma:
- Lesen Kenderaan Motor (LKM)
- Lesen Memandu Malaysia (LMM)
- Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
CARA MOHON PENGGANTIAN DOKUMEN PENTING JPJ ROSAK / HILANG
Untuk membuat permohonan penggantian dokumen penting JPJ rosak/hilang mudah sahaja. Anda perlu:
- Pemilik dokumen perlu hadir sendiri dengan membawa dokumen asal yang rosak untuk mendapatkan salinan gantian.
- Mengemukakakn salinan laporan polis sebagai bukti kehilangan.
- Kemukakan Borang Pendaftaran Mangsa Bencana yang dikeluarkan Pejabat Daerah/JKM
Baca juga: Penggantian Kad Pengenalan, Pasport & Dokumen Peribadi Hilang/Rosak Akibat Banjir Secara Percuma!
KELONGGARAN PENGUATKUASAAN
Bagi pematuhan dan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan dan persendirian yang terlibat dengan:
- Operasi menyelamat
- Membawa bekalan bantuan kepada mangsa banjir
Dan sehingga bencana ini terkawal sepenuhnya.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.