Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bawa Dokumen Ini Jika Ada Nak Naik Tren KTMB, Janji Lengkap 2 Dos

1,177

Individu yang telah lengkap vaksinasi 2 dos sudah boleh naik tren tau terutamanya bagi negeri-negeri Fasa 2 dan 3 Pelan Pemulihan Negara.

Ini memang berita baik buat penumpang tren yang ingin membuat perjalanan yang menggunakan pengangkutan awam terutamnya tren dari KTMB ini.

Ingat, sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan ini dan pastikan anda membawanya agar perjalanan anda lancar sehingga ke destinasi yang dituju.

Baca juga: Tak Perlu Beratur Panjang Beli Tiket KTMB Di Kaunter. Ini Cara Beli Tiket Di Kios, Lebih Cepat & Jimat Masa Anda

DOKUMEN DIPERLUKAN MENAIKI TREN KTMB

KTMB telah memberikan kelonggaran kepada penumpang untuk menggunakan perkhidmatan mereka namun penumpang  tersebut mestilah:

  • Lengkap vaksinasi 2 dos
  • Penumpang dari negeri yang telah Fasa 2 dan Fasa 3 PPN
Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh penumpang untuk menaiki tren KTMB?

Dokumen tersebut ialah:

Rentas Daerah

  • Kad pengenalan/pasport
  • Sijil Digital Vaksinasi Covid-19

Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh (PJJ) Daerah/Negeri

  • Sijil Digital Vaksinasi Covid-19
  • Surat Kebenaran Polis Diraja Malaysia

Ibu Bapa/Penjaga Yang Mempunyai Anak Jarak Jauh (AJJ) 18 Tahun Ke Bawah Daerah/Negeri

  • Sijil Digital Vaksinasi Covid-19
  • Surat Kebenaran Polis Diraja Malaysia

Aktiviti Pelancongan Dalam Negeri

  • Kad pengenalan/pasport
  • Sijil Digital Vaksinasi Covid-19

Anda juga dinasihatkan untuk menyediakan semua dokumen yang telah disenaraikan diatas, sebelum memulakan perjalanan agar perjalanan anda berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Nota: Sila mohon surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia lebih awal 2 hari sebelum perjalanan beserta bukti yang kukuh sekiranya diminta oleh pihak yang berkenaan.
May be an image of text that says 'Bersama Hentikan Wabak Covid-19 SKTM INFORMASI KEMUDAHAN KEPADA PENERIMA VAKSINASI LENGKAP 2 DOS BAGI NEGERI-NEGERI FASA 2 3 PELAN PEMULIHAN NEGARA UNTUK MENAIKI PERKHIDMATAN TREN KTMB OMUDI GKTM www.ktmb.com.my'
Anda juga boleh mendapatkan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang lengkap pada pautan berikut dan jadikannya sebagai rujukan untuk anda.

Bawa Dokumen Ini Jika Ada Nak Naik Tren KTMB, Janji Lengkap 2 Dos

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...