Permohonan untuk Bantuan Keluarga Malaysia kali ini diberikan masa yang agak singkat iaitu bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022 sahaja.
Jadi, masing-masing perlu membuat permohonan atau mengemaskini maklumat masing-masing dengan segera namun mesti lengkapkan borang dengan menyatakan maklumat dengan betul dan tepat seperti 7 tips ini.
Apakah dokumen sokongan yang perlu dimuat naik dan apa yang perlu dilakukan untuk mengemukakan dokumen sokongan tersebut sekiranya terdapat masalah? Dapatkan jalan penyelesaiannya disini.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN
Isi Kandungan
Terdapat beberapa senarai dokumen sokongan yang perlu anda kemukakan semasa membuat permohonan BKM 2022 dan dokumen-dokumen tersebut ialah:
1. Pemohon
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam
Negeri/JPN - Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2. Pasangan
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
3. Anak
a) Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid
- Salinan Sijil Lahir
b) Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
DOKUMEN SOKONGAN TAK DAPAT UPLOAD?
Sekiranya dokumen sokongan tak dapat dimuat naik, apa yang perlu dilakukan? Boleh ke buat serahan dokumen secara manual?
Jawapannya ialah:
- Anda boleh buat penyerahan dokumen sokongan secara manual ke cawangan LHDNM iaitu ke kaunter BKM 2022.
Sekiranya anda ingin menghantar ke Cawangan LHDNM, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan dengan mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) yang diperolehi di Cawangan LHDNM atau dimuat turun dari Portal Rasmi BKM.
Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Penyerahan dokumen berkenaan sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Jika anda ingin hadir ke kaunter BKM dimana-mana cawangan LHDNM, rujuk dahulu jadual masa pembukaan kaunter seperti berikut:
Anda juga boleh download borang-borang yang diperlukan untuk proses permohonan/kemaskini secara manual melalui pautan berikut:
Untuk makluman juga, BKM 2022 juga menyediakan Skim Khairat Kematian (SKK BKM) kepada waris penerima BKM. Bayaran tuntutan adalah sebanyak RM1,000 dan dapatkan syarat tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK BKM) disini.
Selepas ini, anda tak perlu risau kalau tak tahu cara nak upload atau tak dapat nak upload dokumen sokongan permohonan/kemaskini BKM ya! Semoga urusan permohonan/kemaskini BKM anda dipermudahkan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.