Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Kategori Pemohon Dos Penggalak Secara Walk-In & Cara Mohon Melalui MySejahtera

1,720

Menteri Kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa pihak mereka telah bersetuju untuk melaksanakan pendaftaran secara walk in bagi individu yang layak menerima dos penggalak atau yang belum meneria vaksin.

Namun, pendaftaran secara walk in ini hanya akan dilaksanakan kepada 5 kategori individu yang ditatapkan sahaja.

Siapakah yang layak untuk membuat pendaftaran secara walk-in untuk menerima dos penggalak ini? Semak sini ya!

TARIKH PENDAFTARAN WALK IN DOS PENGGALAK

Orang ramai yang layak membuat pendaftaran secara walk-in untuk terima dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Fasiliti Kesihatan Swasta di seluruh negara bermula:

  • 22 November 2021

Baca juga: Nak Pergi Umrah? Install ‘MySejahtera’ Arab Saudi Tawakkalna. Ini Caranya

5 KATEGORI PEMOHONAN DOS PENGGALAK/BELUM MENERIMA VAKSIN

Mereka yang layak untuk membuat pendaftaran dos penggalak secara walk in adalah:

  1. Individu yang layak pemberian dos penggalak
  2. Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu
  3. Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertam atau kedua vaksin Covdi-19
  4. Individu yang terlepas janji temu vaksin
  5. Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi

Namun, keutamaan pemberian dos penggalak akan diberikan kepada:

  • Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan
  • Individu berusia 40 tahun dan ke atas
  • Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiti
  • Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan
  • Ibu mengandung
  • Keperluan ke luar negara
Nota: Anda yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan temujanji atau no show oeh mereka yang telah menerima temujanji vaksin dalam MySejahtera.

KAEDAH DAFTAR DOS PENGGALAK

Selain daripada membuat pendaftaran secara walk in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, anda juga boleh membuat pendaftaran melalui:

  • Telefon
  • emel

Dapatkan senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walk in/telefon/emel untuk daftar temujanji di pautan berikut: https://protecthealth.com.my/

KAEDAH PERMOHONAN DOS PENGGALAK UNTUK TUJUAN UMRAH

Bakal jemaah umrah yang ingin membuat permohonan dos penggalak vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera boleh berbuat demikian seperti berikut:

  • Klik Mula
  • Kemudian pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
  • Seterusnya pilih Saya Perlu ke Luar Negara Untuk Urusan Perniagaan/Umrah
  • Masukkan maklumat seperti ID Pengguna, Nomnor Kad pEnganalan/Passport, Negara dan Muat Naik Dokumen diperlukan. Klik Seterusnya untuk hantar permohonan anda.

Untuk lebih faham, rujuk infografik di bawah.

5 Kategori Pemohon Dos Penggalak Secara Walk-In & Cara Mohon Melalui MySejahtera

Hebahkan dengan yang lain agar semua tahu ya!

Baca juga: 5 Kategori Pemohon Dos Penggalak Secara Walk-In & Cara Mohon Melalui MySejahtera

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...