Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Pergi Umrah? Install ‘MySejahtera’ Arab Saudi Tawakkalna. Ini Caranya

1,137

Selepas ini rakyat Malaysia sudah boleh ke Mekah dan Madinah dengan tujuan melakukan ibadah Haji dan Umrah.

Bagi anda yang ingin mengerjakan umrah pada tahun hadapan, tahu tak bahawa harga lantai pakej umrah telah dinaikkan? Ini kerana terdapat kenaikan kos termasuk harga untuk swab yang perlu anda lakukan di Arab Saudi nanti.

Tetapi ada perkara wajib yang perlu anda lakukan setelah tiba di Mekah atau Madinah dan apakah perkara tersebut?

SCAN MYSEJAHTERA ARAB SAUDI

Kalau di Malaysia kita semua perlu scan MySejahtera untuk masuk ke mana-mana premis, begitu juga apabila berada di Arab Saudi (Mekah dan Madinah).

Apa pula nama aplikasi MySejahtera Arab Saudi?

Menarik juga nama aplikasi ‘MySejahtera’ Arab Saudi ini iaitu:

  • Tawakkalna yang bermaksud (Kami berserah)

4 LANGKAH-LANGKAH INSTALL APLIKASI MYSEJAHTERA ARAB SAUDI (TAWAKKALNA)

4 langkah-langkah untuk install aplikasi Tawakkalna adalah seperti berikut:

1. Beli Simkad

  • Ini kerana aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna perlu menggunakan nombor telefon Arab Saudi dan internet untuk pendaftaran.

2. Download & Aktifkan Aplikasi Tawakkalna

  • Seterusnya download dan aktifkan aplikasi Tawakkalna terlebih dahulu iOS dan Android

Nak Pergi Umrah? Install 'MySejahtera' Arab Saudi Tawakkalna. Ini Caranya

  • Klik Sign Up untuk pendaftaran.

Nak Pergi Umrah? Install 'MySejahtera' Arab Saudi Tawakkalna. Ini Caranya

  • Dibahagian visitor dan isi maklumat yang diperlukan seperti nombor pasport, kewarganegaraan, tarikh lahir dan nombor telefon Arab Saudi.

Nak Pergi Umrah? Install 'MySejahtera' Arab Saudi Tawakkalna. Ini Caranya

Nota: Tak perlu scan seperti MySejahtera sebaliknya tunjukkan barcode setiap kalimasuk ke mana-mana premis di Arab Saudi.

Nak Pergi Umrah? Install 'MySejahtera' Arab Saudi Tawakkalna. Ini Caranya

3. Download & Aktifkan Aplikasi Eatmarna

  • Seterusnya download pula aplikasi Eatmarna: iOS/Android

Nak Pergi Umrah? Install 'MySejahtera' Arab Saudi Tawakkalna. Ini Caranya

  • Isikan maklumat yang diperlukan.

Nak Pergi Umrah? Install 'MySejahtera' Arab Saudi Tawakkalna. Ini Caranya

  • Ia berfungsi untuk membuat tempahan temujanji untuk memasuki tempat-tempat di Masjid Nabawi dan Umrah di Mekah.
  • Bertujuan untuk membenarkan orang ramai yang lulus permit sahaja masuk ke tempat yang dibenarkan seperti:

    a) Umrah
    b) Solat di Masjidil haram
    c) Raudah(lelaki)
    d) Raudah (Perempuan)
    e) Ziarah makam Rasullullah SAW

  • Lihat contoh ini jika anda pilih umrah.

Nak Pergi Umrah? Install 'MySejahtera' Arab Saudi Tawakkalna. Ini Caranya

  • Pilih tarikh yang kosong dan masa untuk melakukan umrah. Ikut masa yang ditempah kerana anda tidak dibenarkan melakkan umrah pada masa yang lain. (Umrah wajib kali pertama sampai Mekah tak perlu permohonan. Ini hanya untuk buat umrah kali kedua dan seterusnya).
  • Permit akan diberikan dan tunjukkan sebelum memasuki premis atau kawasan yang dimohon.

Nak Pergi Umrah? Install 'MySejahtera' Arab Saudi Tawakkalna. Ini Caranya

  • Selesai.

Jangan lupa hebahkan pada ahli keluarga yang lain ya!

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...