Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[i-Invest KWSP], Pencarum Boleh Beli Sehingga 8 Dana Unit Amanah & Ini Caranya

1,432

Suka menyimpan duit dan suka dengan pelaburan dalam tempoh jangka masa yang panjang untuk masa hadapan?

Jika ya, pencarum KWSP boleh membuat pelaburan dengan selamat melalui kemudahan layan diri i-Invest KWSP.

Anda boleh membeli sehingga lapan dana unit amanah tau! Macam mana nak buat pembelian dana uniat amana ni? Tengok disini ya!

APA ITU i-INVEST KWSP?

Nak tahu tak apa itu i-Invest KWSP?

  • i-Invest KWSP, yang dilancarkan pada Ogos 2019 merupakan platform digital yang menawarkan pelbagai fungsi, fleksibiliti dan kemudahan untuk ahli membuat pelaburan, transaksi serta memantau pelaburan unit amanah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
  • Pencarum boleh membuat perbandingan antara dana unit amanah yang ditawarkan oleh IPD, melihat senarai gabungan pegangan pelaburan mereka dan maklumat berkaitan kos pelaburan, sejarah prestasi dana serta maklumat statutori yang berkaitan dengan IPD tersebut.

Baca juga: Tarikh Bayaran i-Sinar & i-Citra Bulan November. Bayaran Secara Berperingkat Ke Akuan Penerima

SYARAT KELAYAKAN i-INVEST KWSP

Hanya 4 syarat kelayakan untuk membuat permbelian dana unit amanah menggunakan i-Invest KWSP iaitu:

  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR) atau Bukan Warganegara (Berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  • Mestilah berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan KWSP secukupnya
  • Permohonan melalui kaunter/Agen IPD atau i-Akaun (Ahli)

Nota:

Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP turut layak.
Ahli berumur 55 tahun dan ke atas, boleh memilih untuk melabur sebahagian simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pelaburan). Pelaburan ini tidak terikat dengan syarat-syarat Skim Pelaburan Ahli. Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat dalam talian melalui i-Akaun (Ahli).

CARA PEMBELIAN DANA UNIT AMANAH

Mudah sangat sebenarnya untuk membuat pembelian dana unit amanah i-Invest KWSP. Ikut sahaja langkah-langkah yang dikongsikan ini:

  • Log masuk ke i-Akaun Ahli.

[i-Invest KWSP], Pencarum Boleh Beli Sehingga 8 Dana Unit Amanah & Ini Caranya

  • Masukkan ID Pengguna dan klik Teruskan.

[i-Invest KWSP], Pencarum Boleh Beli Sehingga 8 Dana Unit Amanah & Ini Caranya

  • Kemudian masukkan Kata Laluan dan klik Log Masuk.

 

  • Tengok pada bahagian atas dan klik Pelaburan.

[i-Invest KWSP], Pencarum Boleh Beli Sehingga 8 Dana Unit Amanah & Ini Caranya

  • Seterusnya klik Sini untuk membuat pembelian dana unit amanah

[i-Invest KWSP], Pencarum Boleh Beli Sehingga 8 Dana Unit Amanah & Ini Caranya

  • Pilih IPD dan dana unit amanah yang ingin dibeli melalui drop down list

[i-Invest KWSP], Pencarum Boleh Beli Sehingga 8 Dana Unit Amanah & Ini Caranya

  • Kunci masuk amaun yang ingin dilaburkan (amaun minima pelaburan: RM1,000)
  • Klik Terus untuk pembelian

[i-Invest KWSP], Pencarum Boleh Beli Sehingga 8 Dana Unit Amanah & Ini Caranya

  • Senarai IPD/IUTA yang menawarkan dana unit amanah yang dipilih akan dipaparkan.
  • Klik butang Beli berdasarkan penawaran IPD/IUTA yang dipaparkan.

[i-Invest KWSP], Pencarum Boleh Beli Sehingga 8 Dana Unit Amanah & Ini Caranya

  • Disclaimer pembelian dana unit amanah akan dipaparkan.
  • Klik butang ‘OK’ untuk meneruskan pembelian.

[i-Invest KWSP], Pencarum Boleh Beli Sehingga 8 Dana Unit Amanah & Ini Caranya

Kalau nak check jumlah yang anda boleh laburkan, klik pautan ini dan masukkan baki dalam akaun yang anda boleh laburkan, umur dan klik Kira.

[i-Invest KWSP], Pencarum Boleh Beli Sehingga 8 Dana Unit Amanah & Ini Caranya

Peringatan!

Anda juga diingatkan untuk mengesahkan dokumen dan diakui oleh individu yang diberi kuasa sekiranya ingin membuat pelaburan melalui kaunter.

Baca juga: i-Akaun: Cara Daftar & Dapatkan TAC Di Kiosk KWSP. Mudah & Cepat

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai i-Invest KWSP, sila dapatkan di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...