Siapa disini yang menggunakan telefon iPhone ye? Sudahkah anda tahu mengenai trick untuk drag and drop gambar, video dan sebagainya?
Kalau anda pengguna iPhone dan masih lagi belum tahu mengenai trick ini, jom try lepas ni.
Katanya lebih mudah dan senang sebab semuanya seret-seret je.
KEMASKINI iOS 15
Bagi anda yang telah mengemaskini iOS 15 iPhone, boleh je gunakan teknik drag and drop yang ada pada iPad sebelum ini.
Jadi, tak perlu lagi dah klik ikon download dan pilih Mail. Klik je pada gambar dan seret. Senang betul.
Macam mana nak gunakan drag dan drop ya?
1. CARA GUNAKAN DRAG AND DROP GAMBAR & VIDEO
Untuk drag and drop gambar dan video apa yang anda perlu lakukan ialah:
- Buka aplikasi Photos
- Pilih gambar atau video yang anda mahu hantar di Mail. Kemudian, tekan dan tahan gambar itu.
- Gerakkan jari anda supaya ia terapung di bawah jari anda.
- Gunakan jari anda di tangan sebelah lagi untuk tinggalkan Photos dan navigasi ke Mail.
- Kemudian, angkat jari anda untuk letakkan gambar ke dalam emel
2. DRAG AND DROP FAIL
Boleh digunakan untuk apa jua jenis fail iaitu PDF, WAV. MP4 atau PNG. Macam mana nak guna drag and drop fail pula?
- Buka aplikasi Files
- Dalam paparan ikon atau senarai, tekan jari anda di fail yang anda mahukan, kemudian gerakkan jari anda tanpa mengangkatnya supaya fail mengikut jari anda.
- Gunakan jari lain untuk tinggalkan aplikasi Files dan buka aplikasi Mail
- Tunggu sehingga anda lihat ada tanda tambah hijau, yang bermaksud anda boleh letakkannya di situ.
- Angkat jari anda untuk lepaskan fail.
3. DRAG AND DROP PAUTAN
Nak share link ke Notes? Untuk share pautan pula, anda boleh lakukan seperti berikut:
- Buka aplikasi Safari
- Tekan pautan dan gerakkan jari anda supaya pautan itu terapung di bawah jari anda.
- Gunakan jari yang lain untuk tinggalkan Safari dan buka Notes
- Angkat jari anda untuk jatuhkan pautan tadi dalam Notes
4. DRAG AND DROP TEKS
Kalau nak ambil gambar di Photos dan bawa ke Google? Tak payah taip dah, ikut je cara drag and drop teks ni:
- Buka gambar yang mempunyai perkataan dan cari perkataan yang anda ingin drag and drop
- Guna jari anda untuk highlight teks itu
- Kemudian tekan dan tahan teks itu tanpa mengangkatnya sehingga ia mengikuti jari anda.
- Guna jari lain untuk buka Google
- Lepaskan teks tadi pada ruang carian
Kalau nak rasa gunakan teknik drag and drop kat iphone anda tu, try la gunakan tips yang dikongsikan ini. Tapi ingat, jangan lupa update iOS 15 dahulu ya!
Ada ke kat sini yang sedang cari pengasuh untuk me time dengan suami sekejap dalam tempoh 2-3 jam? Dapatkan je pengasuh melalui pautan ini. Trusted dan memang puas hati!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.