Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan pendaftaran nombor cukai pendapatan bagi pembayar cukai boleh dilakukan secara dalam talian mengikut kategori mulai 18 Mei 2021 ini.
Pendaftaran ini adalah secara online dan anda ianya adalah melalui perkhidmatan e-Daftar yang boleh dicapai menerusi pautan yang akan dikongsikan sebentar nanti.
Dapatkan info seterusnya mengenai pendaftaran nombor cukai pendapatan bagi pembayar cukai melalui artikel yang dikongsikan ini.
PENDAFTARAN NOMBOR CUKAI MENGIKUT KATEGORI
Isi Kandungan
Kategori yang boleh membuat pendaftaran nombor cukai adalah seperti berikut:
- Koperasi (CS)
- Pertubuhan (F)
- Badan Amanah (TA)
- Unit Amanah atau Amanah Harta Tanah (TC)
- Amanah Perniagaan (TN)
- Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta (TR)
Untuk pengetahuan anda juga, perkhidmatan e-Daftar hanya terhad kepada:
- SG dan OG
- Syarikat (C)
- Perkongsian (D)
- Majikan (E)
- Perkongsian liabiliti terhad (PT)
Baca juga: Simpan Semua Resit Cuti Cuti Malaysia & Dapatkan Pelepasan Cukai Sehingga RM1,000
PENETAPAN PREFIX BAHARU
Mulai 18 Mei 2021 ini juga LHDN akan melaksanakan penetapan prefix baharu bagi pembayar cukai individu iaitu daripada prefix SG dan OG kepada prefix IG. Proses penetapan prefix ini membabitkan dua fasa iaitu:
- Fasa Pertama: Akan dilaksanakan terhadap pembayar cukai individu yang baharu didaftarkan melalui sistem LHDN.
- Fasa Kedua: Membabitkan pertukaran prefix bagi pembayar cukai individu sedia ada secara berperingkat mulai 18 Mei 2021.
Pertukaran prefix ini tidak membabitkan sebarang perubahan terhadap nombor cukai pendapatan individu sedia ada dan tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata bagi individu juga kekal iaitu:
- 30 April setiap tahun bagi individu tidak menjalankan perniagaan.
- 30 Jun setiap tahun bagi individu yang menjalankan perniagaan.
PERTAMBAHAN KATEGORI PEMBAYAR CUKAI
Pertambahan kategori pembayar cukai yang boleh didaftarkan melalui perkhidmatan e-Daftar ini satu daripada inisiatif di bawah Transformasi Hasil (TH) sebagai usaha berterusan LHDN meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada pembayar cukai.
Penetapan dan pertukaran prefix SG dan OG kepada IG bagi pembayar cukai individu pula dapat memudahkan pengurusan pembayar cukai serta mengelak kekeliruan dalam kalangan pembayar cukai individu.
CARA DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN
Anda boleh membuat pendaftaran nombor cukai pendapatan secara online melalui pautan:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pendaftaran nombor cukai pendapatan melalui e-Daftar di:
- Hasil Care Line:03-8911 1000/603-8911 1100 (luar negara)
- HASiL Live Chat
- https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.