Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Simpan Semua Resit Cuti Cuti Malaysia & Dapatkan Pelepasan Cukai Sehingga RM1,000

2,497

Mesti sepanjang PKPP anda semua melancong di dalam negara kerana tidak dibenarkan untuk melancong ke luar negara seperti sebelum ini kerana Covid-19 yang melanda dunia. Asalkan dapat bercuti dan tenangkan diri bersama ahli keluarga itu sudah memadai.

Tetapi ingat, jangan buang resit percutian anda kerana ia boleh digunakan semula untuk membuat pelepasan cukai dan anda boleh berjimat sehingga RM1,000.

Anda juga boleh rujuk disini mengenai senarai pelepasan cukai yang telah diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia.

CONTOH RESIT YANG PERLU DISIMPAN UNTUK PELEPASAN CUKAI

Antara contoh resit yang perlu anda simpan untuk pelepasan cukai Cuti-Cuti Malaysia ialah:

  • Tiket masuk tempat anda bercuti
  • Resit bayaran hotel
  • Yuran parking
  • Resit yang berkaitan

Pastikan anda photostat dan kepilkan bersama resit tersebut, Ia bertujuan agar semua maklumat tidak hilang kerana kebanyakan resit menggunakan karbon dan mudah hilang.

TEMPOH PERBELANJAAN MELANCONG DOMESTIK

Kementerian Kewangan juga menyatakan bahawa pelepsan cukai pendapatan untuk melancong ini diberikan kepada:

  • Individu pemaustatin untuk perbelanjaan melancong domestik dalam tempoh 1 Mac 2020 hingga 31 Disember 2021.

Ia juga meliputi:

  • Bayaran bagi penginapan di premis penginapan pelancong yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong.

Simpan Semua Resit Cuti Cuti Malaysia & Dapatkan Pelepasan Cukai Sehingga RM1,000

DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN e-FILING

Untuk tujuan pendaftaran tersebut, anda perlu membawa beberapa dokumen sokongan seperti berikut:

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
  • Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan e-Filing boleh hubungi LHDN di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...