Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permudahkan Urusan Harta Pusaka Melalui e-Faraid MAIS. Ini Cara Daftar

2,428

Untuk memudahkan urusan umat Islam dalam pengurusan harta pusaka, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah melancarkan Sistem e-Faraid MAIS secara online.

Baca juga: Dah Ganti Puasa Belum? Jika Belum, Ini Cara Kiraan Bayar Fidyah 2020/2021 & Kadarnya Untuk Rujukan Anda

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, sebagai badan yang mengelola Baitulmal, MAIS sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang terbaik serta menjadi tempat rujukan utama dalam urusan pentadbiran harta pusaka orang Islam.

SISTEM PERTAMA DIHASILKAN MAIS

Sistem e-Faraid MAIS adalah sistem yang pertama seumpamanya dihasilkan oleh Majlis Agama Islam Negeri melalui bidang kuasa yang diperuntukkan mengikut Subseksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sistem e-Faraid MAIS adalah sebuah sistem yang dibangunkan merangkumi penawaran perkhidmatan pengurusan harta pusaka, kaedah pengiraan secara faraid dan pengurusan fail serta pelaporan untuk pegawai yang mengurus.

3 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Melalui e-Faraid MAIS, terdapat 3 perkhidmatan yang disediakan iaitu:

  • K-Faraid
  • Sumbangan
  • Bayar pusaka

Permudahkan Urusan Harta Pusaka Melalui e-Faraid MAIS. Ini Cara Daftar

CARA MOHON URUSAN HARTA PUSAKA MELALUI e-FARAID MAIS

Untuk membuat permohonan urusan harta pusaka melalui e-FARAID MAIS anda perlu:

Permudahkan Urusan Harta Pusaka Melalui e-Faraid MAIS. Ini Cara Daftar

  • Klik DAFTAR AKAUN

Permudahkan Urusan Harta Pusaka Melalui e-Faraid MAIS. Ini Cara Daftar

  • Masukkan maklumat dengan betul dan klik HANTAR

Permudahkan Urusan Harta Pusaka Melalui e-Faraid MAIS. Ini Cara Daftar

  • Seterusnya masuk semula untuk LOGIN dengan memasukkan EMEL/ID PENGGUNA dan KATA LALUAN yang telah anda cipta semasa pendaftaran tadi. Klik masuk dan lakukan permohonan anda.

CARA KIRA FARAID MELALUI SISTEM e-FARAID MAIS

Untuk membuat kiraan faraid,

Permudahkan Urusan Harta Pusaka Melalui e-Faraid MAIS. Ini Cara Daftar

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai e-Faraid MAIS, sila hubungi Baitulmal, MAIS di talian:

  • 03-55143773 / 3772
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...