Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan pelbagai inisiatif terutamanya melalui program yang dianjurkan oleh PERKESO untuk membantu para pekerja yang hilang pekerjaan dan mereka yang langsung tidak mempunyai pekerjaan sepanjang tempoh PKP.
Baca juga: PSU 3.0 PERMAI, RM600 Setiap Pekerja & Penambahbaikan
Malahan, untuk memenuhi kehendak industri masa kini, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia (PSMB) telah melancarkan hab e-pembelajaran terbaru bernama e-LATiH sebagai usaha untuk membantu rakyat Malaysia dalam menghadapi tempoh sukar ketika pandemik Covid-19.
200 KURSUS LATIHAN DAN AKSES PERCUMA e-LATIH
Isi Kandungan
Konsep e-LATiH adalah dengan:
- Memberikan akses percuma kepada lebih 200 kursus latihan yang disesuaikan dengan keperluan industri Malaysia.
- Membolehkan rakyat Malaysia membuat persiapan untuk masa depan dengan mengakses beratus-ratus pengisian berasaskan pembangunan kemahiran dan pendidikan.
- Mendorong rakyat Malaysia menerapkan pembelajaran dan pengetahuan sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka.
10 JENIS KURSUS e-LATIH
e-Latih telah menyediakan 10 jenis kursus iaitu:
- Pembangunan peribadi
- Pengurusan projek
- Kepimpinan
- Pendigitan
- Pemasaran dan inovasi
- Pengaturcaraan kelestarian
- Kemahiran kewangan
- Bahasa
- Perkhidmatan pelanggan
- Industri spesifik
- Kesihatan dan keselamatan
Kursus juga akan dijalankan dalam bahasa Inggeris kerana disediakan oleh agregator antarabangsa tidak berasaskan keuntungan.
PSMB bagaimanapun akan menambah lebih banyak kandungan dalam masa beberapa minggu ini dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia.
PSMB akan terus mengemaskini kursus bermanfaat dan juga yang mendapat permintaan bagi memenuhi keperluan majikan dan organisasi.
TARIKH DAFTAR & AKSES KURSUS LATIHAN
e-Latih telah tersedia untuk semua rakyat Malaysia bermula:
- 6 Februari 2021 hingga 5 Februari 2022
BAYARAN DAFTAR & AKSES KURSUS LATIHAN e-LATIH
Tiada bayaran dikenakan dan ia adalah percuma!
CARA DAFTAR & AKSES KURSUS LATIHAN e-LATIH
Untuk daftar dan akses kursus latihan e-Latih, sila layari:
- Klik pada CREATE AN ACCOUNT. Daftar dengan mengisi maklumat yang ada pada borang pendaftaran.
- Klik CONTINUE dan selamat mendaftar.
- Seterusnya pilih kursus yang sesuai dengan anda.
PSMB akan terus mengemaskini kursus bermanfaat dan juga yang mendapat permintaan bagi memenuhi keperluan majikan dan organisasi.
Semua rakyat Malaysia terutama pencari kerja digalakkan mendaftar dalam tempoh pergerakan terhad ini bagi mempelajari kemahiran baharu untuk mendapatkan peluang yang mungkin menanti mereka dalam masa terdekat.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila dapatkan di:
- Portal rasmi e-Latih: https://elatih.hrdf.com.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.