Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

e-Pengambilan PDRM 2021 Mulai 18 Mac & Kelonggaran Syarat, Cara Mohon Jawatan Polis DiRaja Malaysia Langkah Demi Langkah

5,878

Berminat dengan badan beruniform? Polis DiRaja Malaysia membuka tawaran kepada semua warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan sebagai Konstabel Gred YA1 untuk pengambilan lelaki dan perempuan bermula 18 Mac 2021.

Untuk pengetahuan anda juga, PDRM telah melonggarkan salah satu syarat pengambilan untuk jawatan Konstabel Gred YA1 iaitu subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa kepujian.

Dapatkan info selanjutnya pada artikel yang dikongsikan ini seterusnya buat permohonan melalui portal e-Pengambilan PDRM.

TARIKH PERDAFTARAN & PERMOHONAN

Anda boleh mula membuat pendaftaran dan permohonan melalui e-Pengambilan PDRM bermula:

  • 18 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021

JAWATAN YANG DITAWARKAN MELALUI E-PENGAMBILAN

Antara skim jawatan yang ditawarkan melalui e-Pengambilan adalah seperti berikut:

e-Pengambilan PDRM 2021 Mulai 18 Mac & Kelonggaran Syarat, Cara Mohon Jawatan Polis DiRaja Malaysia Langkah Demi Langkah

CARA MENDAFTAR DAN MOHON MELALUI E-PENGAMBILAN

Langkah-langkah mendaftar dan memohon melalui e-Pengambilan adalah seperti berikut:

e-Pengambilan PDRM 2021 Mulai 18 Mac, Cara Mohon Jawatan Polis DiRaja Malaysia Langkah Demi Langkah

  • Klik pada butang PENDAFTARAN BARU untuk permohonan baru atau log masuk sekiranya telah mendaftar sebelum ini.

e-Pengambilan PDRM 2021 Mulai 18 Mac & Kelonggaran Syarat, Cara Mohon Jawatan Polis DiRaja Malaysia Langkah Demi Langkah

  • Kemudian log masuk semula dan isikan maklumat diri dengan lengkap dan muat naik resume anda seperti yang diminta.
  • Sahkan permohonan anda dan klik HANTAR BORANG untuk menghantar permohonan anda.
  • Permohonan yang layak melepasi tapisan PDRM sahaja akan dipanggil temuduga.
Nota: Permohonan untuk jawatan lain akan dimaklumkan oleh bahagian e-Pengambilan dari semasa ke semasa.

CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN

Untuk membuat semakan status permohonan:

  • Klik SEMAK STATUS PERMOHONAN
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK.
  • Status pengambilan akan dipaparkan kepada anda.
  • Cetak surat panggilan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan memgenai e-Pengambilan PDRM, sila rujuk:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...