Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Elaun Sehingga RM3,000 Sebulan Internship Di Shopee Melalui Shopee Apprentice Program

2,502

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia kini mempunyai pelbagai jenis peluang untuk menjalani latihan industri atau internship dengan elaun yang sangat lumayan.

Antara syarikat yang menawarkan internship dengan elaun yang sangat lumayan adalah Shopee Malaysia melalui Program Shopee Apprentice dan sebanyak RM3,000 elaun diberikan kepada setiap pelajar yang menjalani internship disana.

Nak mohon? Ikuti perkongsian ini dan dapatkan cara membuat permohonan menjalani latihan industri atau internship di syarikat Shopee melalui Program Shopee Apprentice.

Baca juga: Bantuan Kewangan Sehingga RM3,600 Untuk Kemasukan Ke Kolej Komuniti Ledang Sebelum 31 Mac 2021

APA ITU SHOPEE APPRENTICE PROGRAM?

Shopee Apprentice Program merupakan satu bentuk latihan indusrti atau internship yang dicipta kepada pelajar IPT untuk membina kemahiran yang berbentuk profesional dan membentuk lebih ramai pemimpin muda untuk masa yang akan datang mulai sekarang.

Elaun Sehingga RM3,000 Sebulan Internship Di Shopee Melalui Shopee Apprentice Program

KELEBIHAN MENGIKUTI SHOPEE APPRENTICE PROGRAM

Antara kelebihan yang akan dinikmati oleh para pelajar yang menjalani latihan industri di Shopee ialah:

  • Bimbingan dan pembangunan: Setiap pelajar akan dibimbing oleh mentor sepanjang latihan industri dan bakal dilengkapi dengan pelbagai program ketika berada di tempat kerja.
  • Kendalikan projek: Anda diberikan projek untuk dkendalikan dan anda akan membentangkan projek anda kepada panel pemimpin Shopee pada akhir program.
  • Penglibatan diri secara profesional: Anda akan diberi peluang untuk mengikuti pelbagai program seperti orientasi eksklusif serta bersama dengan pasukan terbaik syarikat untuk program yang diaturkan.

JUMLAH ELAUN SHOPEE APPRENTICE PROGRAM

Jumlah elaun yang diberikan kepada pelajar yang mengikuti Program Shopee Apprentice adalah sebanyak:

  • RM3,000/sebulan

4 PROGRAM LATIHAN DI SHOPEE APPRENTICE PROGRAM

Antara 4 program latihan yang disediakan kepada anda ialah:

  • Business Development & Commercial
  • Business Intelligence
  • Marketing
  • Operations

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan untuk mengikuti Shopee Apprentice Program ialah:

  • Berkomitmen untuk mengikuti program selama 3 bulan
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dengan CGPA 3.5 ke atas atau WAM 70%
  • Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang layak untuk memohon
  • Boleh berkomunikasi dengan jelas
  • Boleh berdikari dan bekerjasama dalam satu pasukan
  • Keputusan akademik yang baik dan aktif dalam aktiviti kokurikulum

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, anda hanya klik link dibawah dan terus buat permohonan anda.

MOHON SEKARANG

Elaun Sehingga RM3,000 Sebulan Internship Di Shopee Melalui Shopee Apprentice Program

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Shopee Apprentice Program, sila layari laman rasmi Shopee di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...