Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah MAIWP 2021

1,693

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MAIWP sangat berkomitmen dalam membantu golongan asnaf dari setia sudut dan terkini MAIWP telah melancarkan satu bentuk bantuan kepada golongan asnaf untuk berniaga pula.

Bantuan tersebut adalah Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah dan telah dilancarkan pada 25 Mac 2021 yang lalu oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Teruskan membaca perkongsian ini untuk mendapatakan syarat kelayakan permohonan seterusnya terus membuat permohonan sekiranya anda layak.

Baca juga: PEMERKASA GKP 3.0: Bantuan RM1,000 Dibuka Mulai 1 April 2021

INFO RINGKAS BANTUAN USAHAWAN MUSA’ADAH TIJARIYYAH MAIWP

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini merupakan inisiatif MAIWP untuk membantu golongan asnaf yang terjejas dengan meningkatkan kehidupan mereka melalui perniagaan.

Musa’adah Tijariyyah bermaksud bantuan untuk tujuan perniagaan yang mana MAIWP akan membantu penerimanya dengan menyalurkan bantuan modal kerja daripada dana zakat.

Bantuan yang diberikan ini juga diharapkan dapat mengubah diri asnaf dan keluar daripada kemiskinan sehingga menjadi pembayar zakat semula selepas ini.

MAIWP memperuntukkan RM15 juta bagi Musa’adah Tijariyyah ini dengan mensasarkan dengan mensasarkan penerima sebanyak 5000 orang.

TARIKH PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan untuk Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah MAIWP bermula:

  • 25 Mac 2021 hingga 5 April 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN USAHAWAN MUSA’ADAH TIJARIYYAH MAIWP

Antara syarat kelayakan untuk permohonan Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah ialah:

  • Pemohon mestilah beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermaustatin di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada Had Kifayah
  • Mempunyai pendaftaran SSM 2 bulan dan ke atas
  • Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 6 bulan terkini

2 KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN USAHAWAN MUSA’ADAH TIJARIYYAH MAIWP

Terdapat 3 kaedah untuk permohonan Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah MAIWP iaitu:

ONLINE

Cara Mohon Bantuan Usahawan Musa'adah Tijariyyah MAIWP 2021

KAUNTER

Anda juga boleh membuat permohonan dengan hadirkan diri ke kaunter MAIWP di:

  • Aras 1, Bahagian Baitulmal MAIWP, Kuala Lumpur
  • Pusat-pusat Agihan Zakat (PAZA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Kaunter MAIWP Putrajaya, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
  • Kaunter MAIWP Labuan, Kompleks Ujana Kewangan

NOTA:

Keputusan yang LAYAK akan dimaklumkan melalui SMS.
Sekiranya pemohon tidak mendapat sebarang maklumat dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan ditutup,maka permohonan adan dianggap TIDAK BERJAYA.
Setiap pemohon yang LAYAK perlu mengikut kursus perniagaan sebelum penyaluran bantuan.
Cara Mohon Bantuan Usahawan Musa'adah Tijariyyah MAIWP 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah, sila hubungi:

  • +6011 6254 2728
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...