eGL HRMIS & Dapatkan GL Kerajaan Guna Handphone Sahaja

Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan pihak pengurusan hospital meminta ada menyediakan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai atau Guarantee Letter anda hanya perlu log masuk ke laman eGL HRMIS secara online dengan menggunakan handphone anda sahaja.

Anda tidak perlu lagi hadir ke pejabat tempat anda bekerja atau meminta ahli keluarga anda mendapatkan GL sekiranya anda dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui cara yang betul mendapatkan GL dengan menggunakan handphone sahaja.

CARA MENDAPATKAN GL MELALUI HANDPHONE

Untuk dapatkan GL melalui handphone, anda hanya perlu:

  • Download aplikasi myHRMIS eGL terlebih dahulu: ANDROID / iOS

eGL HRMIS & Dapatkan GL Kerajaan Guna Handphone Sahaja

  • Buka aplikasi anda dan klik PENGGUNA KALI PERTAMA.
  • Masukkan nombor kad pengenalan, kata laluan dan nombor telefon anda.
  • Klik DAFTAR & klik simbol 3 GARISAN dibahagian atas kiri aplikasi
  • Klik JANA eGL, pilih MAKLUMAT TANGGUNGAN. Untuk diri sendiri, jangan klik pada bahagian ini.
  • Klik MAKLUMAT HOSPIAL dan klik JANA eGL.
  • eGL akan dijana secara automatik dan dipaparkan melalui PDF Reader.
  • Cetak dan serahkan kepada pihak hospital.

SYARAT MENGGUNAKAN eGL HRMIS

Untuk menggunakan eGL HRMIS, anda perlu patuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Pemohon hendaklah memastikan jabatan / agensi tempat mereka bertugas menggunakan sistem HRMIS dalam merekodkan maklumat perjawatan mereka.
  • Pemohon hendaklah memastikan maklumat rekod peribadi dan rekod keluarga adalah lengkap dan kemaskini .
  • Pemohon membawa bersama kad pengenalan mereka di kaunter-kaunter terpilih.

INFO SELANJUTNYA

Dapatkan info selanjutnya mengenai eGL HRMIS di pautan berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.