Nak Beli Rumah? Elak Beli Rumah Dari 3 Jenis Kawasan Perumahan Ini Tau!

Siapa kat sini yang tak nak beli rumah idaman sendiri kan? Cuma perlu sedikit masa untuk mengumpul wang untuk deposit dan bayaran-bayaran lain sahaja.

Selain dari itu, anda juga perlu dapatkan maklumat yang terperinci agar tak menyesal apabila rumah yang dibeli tersebut berada dalam kawasan yang mempunyai pelbagai jenis risiko.

Kalau begitu, elakkan membeli rumah anda di 3 jenis kawasan perumahan ini tau! Bukan apa, nanti tak pasal-pasal anda kena tanggung kerugian melebihi pinjaman rumah pula.

CARA NAK BUAT LOAN RUMAH

Mesti anda terfikir macam mana nak buat loan rumah kan? Kalau nak buat loan rumah, mesti anda perlu sediakan beberapa dokumen yang diperlukan agar proses permohonan anda berjalan dengan lancar.

Macam mana nak pastikan dokumen yang diperlukan cantik dan lulus permohonan loan dengan mudah? Semak disini ya!

Kalau nak semak kelayakan pinjaman perumahan pula, klik sahaja pautan dibawah:

ELAKKAN BELI 3 JENIS KAWASAN PERUMAHAN INI!

Sebagai pembeli, anda mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada nak beli atau tidak rumah anda di lokasi yang dinyatakan oleh pemaju perumahan.

3 jenis kawasan perumahan yang perlu anda elakkan ialah:

1. Tepi Laut

  • Anda pun tahu kan apakah risikonya apabila membeli rumah di tepi laut?
  • Memang rumah tepi laut nampak romantik dan merupakan rumah idaman setiap orang. Tapi tak risau ke bencana alam seperti air pasang besar, ancaman tsunami dan hakisan tanah?
  • Oleh itu, jangan ambil risiko yang besar dengan membuat pembelian rumah di tepi laut walaupun anda ambil insurans yang tinggi.

Nak Beli Rumah? Elak Beli Rumah Dari 3 Jenis Kawasan Perumahan Ini Tau!

2. Kawasan Industri

  • Dekat dengan kilang, peluang pekerjaan pun tinggi? Nanti rumah pun bernilai tinggi dan boleh sewakan pada pekerja kilang?
  • Kalau anda yang menetap di kawasan tersebut bagaimana pula? Bukankah anda terdedah dengan pencemaran bau, bunyi dan sebagainya?
  • Oleh itu, elakkan membeli rumah yang terlalu dekat dengan kawasan industri kerana terdapat beberapa risiko termasuklah keracunan bau seperti yang telah berlaku di Johor sebelum ini.

Nak Beli Rumah? Elak Beli Rumah Dari 3 Jenis Kawasan Perumahan Ini Tau!

3. Tanah Berpaya

  • Memang tak ada pemaju perumahan yang buat rumah di kawasan berpaya kerana kos untuk mendirikan rumah adalah terlalu tinggi.
  • Tetapi ada pemaju yang akan mendirikan lot-lot rumah berdekatan dengan kawasan paya.
  • Kawasan ini sangat berisiko untuk mengahdapi banjir, kejadian air pasang dan terdapat air yang digenangi.
  • Malah, ia menjadi kawasan pembiakan nyamuk dan menyebabkan penyakit denggi  serta filariasis.

Nak Beli Rumah? Elak Beli Rumah Dari 3 Jenis Kawasan Perumahan Ini Tau!

Banyak risikonya sekiranya anda membeli rumah di ketiga-tiga kawasan ini kan? Namun, pilihan adalah ditangan anda.

Dapatkan beberapa tips membeli rumah disini:

Hebahkan info ini dengan yang lain ya!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.