Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pindah Rumah Pun Ada Elaun Dari LPPSA. Penjawat Awam, Alert & Manfaatkan Kemudahan Ini

5,429

Kena posting lagi? Penat pindah randah? Tetapi kalau anda tahu bahawa ada elaun diberikan sekiranya anda perlu berpindah, pastinya penat lelah angkat barang dan sebagainya akan hilang begitu sahaja,kan.

Jika anda membeli rumah melalui LPPSA, pastinya anda layak untuk membuat tuntutan Elaun Pindah Rumah dan pastinya ada syarat yang ditetapkan sebelum anda diberikan elaun tersebut.

Jangan tidak tahu, berpindah antara blok kuarters juga diberikan Elaun Pindah Rumah dan dapatkan cara untuk permohonan tuntutan Elaun Pindah Rumah seperti yang dikongsikan disini.

Penjawat awam yang masih lagi belum memiliki rumah sila dapatkan cara untuk membuat permohonan Skim Perumahan Mampu Milik Penjawat Awam (PPAM) disini sahaja.

KELAYAKAN PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN PINDAH RUMAH MELALUI LPPSA

Antara kelayakan untuk permohonan tuntutan Elaun Pindah Rumah ialah:

  • Berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah Kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar oleh Kerajaan dan sebaliknya atas arahan pihak berkuasa tertentu; atau
  • Berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah yang dibeli di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan.

SYARAT PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN PINDAH RUMAH MELALUI LPPSA

Antara syarat permohonan untuk membuat tuntutan Elaun Pindah Rumah melalui LPPSA ialah:

  • Tuntutan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang
    seperti di Lampiran B-2.
  • Tuntutan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai mendiami rumah tersebut.
  • Perpindahan rumah yang tidak melibatkan perbelanjaan pengangkutan barang-barang misalnya perpindahan rumah antara blok dalam kompleks yang sama, pegawai hanya layak menuntut ½ atau 50% daripada bayaran penuh.
  • Begitu juga, jika kemudahan pengangkutan barang-barang disediakan, pegawai hanya layak menuntut ½ atau 50% daripada bayaran penuh. Bagi perpindahan rumah antara tingkat dalam blok yang sama, pegawai tidak layak menuntut apa-apa elaun/bayaran perpindahan rumah tersebut;
  • Seseorang pegawai tidak layak menuntut elaun, bayaran dan kemudahan bersabit dengan perpindahan rumah tersebut jika kemudahan makan, perjalanan dan pengangkutan barangbarang disediakan; dan
  • Tuntutan elaun perpindahan rumah hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan di dalam tempoh tidak lewat daripada 3 bulan selepas tarikh perpindahan rumah dilakukan.

Seterusnya bagi permohonan tuntutan elaun/bayaran di Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.2 M.S. 9/14 bawah perenggan 4.1.2 di atas, Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa peruntukan di perenggan 3.2 (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1989 dipatuhi.

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN PINDAH RUMAH MELALUI LPPSA

Antara dokumen sokongan untuk permohonan tuntutan Elaun Pindah Rumah melalui LPPSA ialah:

  • Borang Tuntutan Elaun Perpindahan Rumah (Lampiran B-2)
  • Salinan kad pengenalan pemohon (diakui sah)
  • Salinan kad pengenalan pasangan (diakui sah)
  • Salinan sijil nikah / surat pendaftaran perkahwinan (diakui sah – ini diperlukan kerana yang berkahwin dan bujang akan dibayar oleh Jabatan yang berlainan)
  • Salinan surat kelulusan dari LPPSA (diakui sah)
  • Salinan perjanjian jual beli S&P (diakui sah)
  • Salinan Buku Bank

KADAR TUNTUTAN ELAUN PINDAH RUMAH MENGIKUT GRED & LOKASI

Pindah Rumah Pun Ada Elaun Melalui LPPSA. Penjawat Awam, Alert & Manfaatkan Kemudahan Ini

CONTOH BORANG PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN PINDAH RUMAH MELALUI LPPSA

Anda boleh dapatkan borang permohonan tuntutan Elaun Pindah Rumah melalui pautan berikut:

BORANG ELAUN PINDAH RUMAH

CONTOH BORANG ELAUN PINDAH RUMAH

Pindah Rumah Pun Ada Elaun Melalui LPPSA. Penjawat Awam, Alert & Manfaatkan Kemudahan Ini

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...