Guru DG41 One-Off: Perlu Ke Emel Semula Kalau Tak Ada Reply Dari MySPP? Semak Status Disini
Guru DG41 One-Off, telah dibuka permohonannya mulai 7 Julai 2021 yang lalu. Anda sudah buat permohonan atau belum? Jangan tunggu lama-lama ya!
Seperti sedia maklum juga, permohonan untuk mengisi kekosongan Guru DG41 One-Off juga dibuka sehingga 21 Julai 2021 ini melalui portal rasmi MySPP dengan 47 opsyen untuk diisi oleh anda.
Bagi anda yang telah membuat permohonan tetapi tidak menerima sebarang reply dari MySPP, perlu ke hantar semula emel? Semak jawapannya disini ya!
TARIKH PERMOHONAN GURU DG41 ONE-OFF MYSPP
Isi Kandungan
Permohonan telah dibuka pada tarikh berikut:
- 7 Julai 2021 hingga 21 Julai 2021
PERLU KE EMEL SEMULA JIKA TAK DAPAT REPLY PENGESAHAN DARI MYSPP?
Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda tidak menerima sebarang emel pengesahan penerimaan dokumen yang dihantar mulai 7 Julai 2021:
- Anda tidak perlu emel semula kerana terdapat beberapa penambahbaikan dari bahagian pengesahan emel pada 13 Julai 2021.
Perkara ini telah disahkan melalui webinar pada 13 Julai yang lalu. Jadi, jangan risau ya. Emel anda telah diterima oleh MySPP.
CARA SEMAK STATUS DOKUMEN DIUPLOAD
Masih lagi rasa was-was dan tidak puas hati? Anda boleh membuat semakan status dokumen yang telah diupload seperti langkah-langkah yang dikongsikan ini:
- Buka Google Drive
- Tekan Folder (pilih folder yang yang anda muat naik dokumen)
- Tekan titik 3 (…) di bahagian atas folder
- Pilih Detail & Activity
- Anda sudah boleh tengok samada dokumen anda sudah dilihat atau belum.
Jadi, disitu akan dinyatakan samada file anda sudah dilihat atau belum. Yang penting, jangan lupa klik SEND ya!
APA ITU GRADUAN PENDIDIKAN?
Mungkin ramai tertanya-tanya apakah itu graduan pendidikan? Secara ringkasnya graduan pendidikan itu memiliki salah satu perkara berikut:
- ISMP/ISM dengan Pendidikan
- Diploma Pendidikan (DPLI/Diploma Pascasiswazah Pendidikan)
- Ikhtisas perguruan
Malah, graduan pendidikan juga akan melalui kursus berpandukan struktur dirancang teliti dan dilaksanakan dari kohort ke kohort.
Ia turut membabitkan proses auditan dan semakan semula dokumen dengan nasihat Bahagian Perancangan Akademik dan nasihat pakar universiti lain serta panel lantikan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Mereka juga menempuhi Program Perantisan Guru dan Latihan Mengajar yang mempunyai 10 jam kredit serta perlu menghasilkan Kertas Projek Tahun Akhir sebanyak enam jam kredit.
Oleh sebab inilah, graduan pendidikan lebih diutamakan untuk mengisi kekosongan jawatan Guru DG41 One-Off seluruh Malaysia.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.