Macam Mana Nak Enable & Disable MySJ Trace Yang Ada Pada MySejahtera?

Semua sudah maklum bahawa aplikasi MySejahtera telah ditambah dengan satu ciri baharu iaitu MySJ Trace untuk membolehkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19.

MySJ Trace menggunakan bluetooth untuk mengesan kontak rapat yang juga mengguna ciri yang sama seterusnya memberi maklumat secara live bilangan interaksi dengan pengguna lain yang juga aktifkan MySJ Trace.

Tapi bagaimana pula kalau nak enable dan disable MySJ Trace yang ada pada telfon masing-masing?

INFO GRAFIK MYSJ TRACE

Untuk lebih memahami MySJ Trace, anda boleh pada infografik berikut:

Macam Mana Nak Enable & Disable MySJ Trace Yang Ada Pada MySejahtera?

Rujuk: MySJ Trace Kesan Kontak Rapat & Tiada Lagi Check Out Pada MySejahtera

CARA AKTIFKAN MYSJ TRACE

Untuk aktifkan MySJ Trace mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah berikut:

  • Update MySejahtera Version MySJ Trace.
  • Buka MySejahtera dan anda akan melihat bahagian Daftar Masuk  MySJ Trace dalam skrin berwarna hitam.
  • Klik Setup MySJT Trace untuk memulakan proses setting.
  • Klik butang Start dalam skrin penerangan yang awal.

Macam Mana Nak Enable & Disable MySJ Trace Yang Ada Pada MySejahtera?

  • Klik butang I Agree untuk memberi kebenaran memberikan “Maklumat interaksi”selama 14 hari yang lalu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk “tujuan pengesanan kontak”.
  • Pada bahagian App Permissions, klik Allow button.

Macam Mana Nak Enable & Disable MySJ Trace Yang Ada Pada MySejahtera?

  • MySejatera akan meminta untuk akses lokasi telefon anda. Klik sahaja While Using The App untuk memberikan kebenaran.
  • Seterusnya anda akan ditanya untuk benarkan MySejahtera ketahui lokasi anda pada bila-bila masa. Klik Allow All The Time.

Macam Mana Nak Enable & Disable MySJ Trace Yang Ada Pada MySejahtera?

  • Anda akan diminta untuk aktifkan Bluetooth
  • Akhir sekali klik Close Button.

Macam Mana Nak Enable & Disable MySJ Trace Yang Ada Pada MySejahtera?

CARA DISABLE MYSJ TRACE

Macam mana pulak nak disable MySJ Trace?

Mudah sahaja ya!

  • Anda pergi sahaja pada bahagian Bluetooth telefon anda dan tarik butang nyahaktif sahaja.

Macam Mana Nak Enable & Disable MySJ Trace Yang Ada Pada MySejahtera?

Setelah disable, anda tak perlu risau ya! tak perlu setting semula untuk aktifkan MySJ Trace. Sekadar aktifkan sahaja Bluetooth.

Ingat, kalau pergi ke mana-mana tu jangan lupa pakai topeng muka. Kalau stok topeng muka dah nak habis, beli kat sini ye. RM1.39 je tau!: https://shp.ee/zcpx85r

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.