Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[ETIQA] Tuntutan Rumah Dilanda Banjir Melalui Whatsapp Sahaja! Kelulusan Sehingga RM20,000

1,106

Tahukah anda, sekiranya rumah anda dilanda banjir dan anda merupakan pemegang polisi/sijil perlindungan banjir Etiqa, anda boleh buat tuntutan melalui aplikasi Whatsapp sahaja?

Anda boleh membuat tuntutan sehingga RM20,000 dan ianya adalah melalui aplikasi Whatsapp. Secara tidak langsung, ia sangat memudahkan urusan mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan ketika ini.

Bagaimanakah caranya untuk membuat Tuntutan Banjir melalui Whatsapp? Rujuk sahaja cara-caranya disini.

INSURANS PEMILIK RUMAH & ISI RUMAH

Melalui Insurans Pemilik Rumah dan Isi Rumah dari Etiqa, ia membantu mengurangkan kos penggantian dan pembaikan rumah bagi pemegang polisi takaful/insurans.

Antara manfaat yang disediakan dalam Insurans Pemilik Rumah dan Isi Rumah Etiqa adalah seperti berikut:

  • Perlindungan untuk kerosakan akibat kebakaran, kilat, dan letupan domestik.
  • Pembayaran balik ganti rugi untuk kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, ribut taufan, ribut petir, angin kencang, dan banyak lagi.
  • Perlindungan untuk kerosakan yang disebabkan oleh kenderaan atau haiwan.
  • Pembayaran balik sehingga 10% untuk kerugian sewa berdasarkan jumlah perlindungan.
  • Perlindungan untuk kerosakan akibat pecahan atau limpahan tangki air, alat atau paip domestik.
  • Perlindungan untuk kecurian yang melibatkan kemasukan secara paksaan dan keganasan ke dalam rumah.

Juga terdapat beberapa manfaat tambahan lain seperti berikut:

  • Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat keganasan
  • Peningkatan Had Liabiliti kepada orang ramai sehingga had maksimum RM250,000
  • Peningkatan had kehilangan sewa
  • Perlindungan untuk rumah yang ditinggalkan tanpa penghuni melebihi 90 hari
  • Kecurian tanpa pecah masuk dan/atau keluar rumah dengan paksaan dan keganasan tidak termasuk kecurian oleh ahli keluarga/orang gaji

JUMLAH TUNTUTAN

Jumlah Tuntutan Banjir adalah tidak melebihi:

  • RM20,000 (Kelulusan adalah segera)

CARA BUAT TUNTUTAN BANJIR ETIQA MELALUI WHATSAPP

Tuntutan Banjir Etiqa kali ini adalah sangat mudah iaitu melalui Whatsapp sahaja dengan menghantar maklumat dalam bentuk berikut:

  • Mesej text
  • Gambar
  • Video
  • Rakaman suara berkenaan banjir

DOKUMEN SOKONGAN

Pemegang polisi yang ingin membuat Tuntutan Banjir TIDAK PERLU mengemukakan sebarang dokumen sokongan dan segala bukti adalah melalui maklumat yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp.

[ETIQA] Tuntutan Rumah Dilanda Banjir Melalui Whatsapp Sahaja! Kelulusan Sehingga RM20,000

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Tuntutan Banjir Etiqa, sila hubungi Etiqa di saluran berikut:

  • Kuala Lumpur/Selangor/Perak/Penang/Kedah/Perlis: 011-1630 6646 (Whatsapp)/03-2692 8188 (Talian Tuntutan Banjir)
  • Kelantan/Terengganu/Pahang/Johor/Melaka/Negeri Sembilan/Sabah/Sarawak: 018-226 3288 (Whatsapp)/03-4270 7735/03-4270 5068 (Talian Tuntutan Banjir)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...