Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Lepas Belajar Boleh Jadi Pensyarah & Designer. Mohon Sambung SKM Di Institut Kraf Negara

1,317

Berita baik buat orang ramai yang ingin sambung belajar di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalambidang Kraftangan!

Anda boleh menyambung pengajian kepada semua belia di seluruh Malaysia di Kampus Satelit Institut Kraf Negara terutamanya dalam bidang tenunan pua atau Songket dan Dastar.

Seterusnya semak cara membuat permohonan disini dan jangan lupa, buat permohonan dengan segera!

SESI PENGAJIAN

Sesi pengajian yang dibuka untuk peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Kampus Satelit Institut Kraf Negara adalah bagi:

  • Sesi Julai 2022

Tempoh pengajian pula adalah selama 2 tahun sahaja.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bermula pada tarikh berikut:

  • 10 Januari 2022 hingga 31 Mei 2022

Semakan boleh dibuat pada:

  • 15 Jun 2022

Tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah pada tarikh berikut:

  • 30 Jun 2022

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat kelayakan permohonan untuk sambung pengajian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Kampus Satelit Institut Kraf Negara adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah berumur 18 hingga 35 tahun
  • Pemohon juga mesti mempunyai minat dalam bidang kraf
  • Boleh membaca dan menulis

JENIS KURSUS

Kursus-kursus yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Tenun Pua (Kampus Satelit Institut Kraf Negara, Betong)
  • Tenunan Songket dan Dastar (Kampus Satelit Institut Kraf Negara, Kuching)

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Pemohon yang layak akan menerima kemudahan seperti berikut:

  • Elaun sara hidup
  • Makan minum
  • Asrama
  • Bahan dan peralatan belajar
  • Insuran berkelompok
Nota: Yuran adalah sebanyak RM150 dan bayaran hanya sekali sahaja sepanjang 2 tahun pengajian.

Laluan kerjaya bagi lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Kampus Satelit Institut Kraf Negara ialah

  • Usahawan Kreatif
  • Designer
  • Pekerja Mahir Kraf
  • Pensyarah
  • Penjawat Perkhidmatan Awam
  • Penjawat Swasta

Lepas Belajar Boleh Jadi Pensyarah & Designer. Mohon Sambung SKM Di Institut Kraf Negara

CARA MOHON

Permohonan adalah seperti berikut:

Lepas Belajar Boleh Jadi Pensyarah & Designer. Mohon Sambung SKM Di Institut Kraf Negara

Atau melalui whatsapp dipautan berikut:

Baca juga: Tawaran Tajaan Pengajian di Sekolah Zakat Kedah, Cara Mohon Bagi Pelajar Sekolah Tingkatan 1 & 4 Sesi 2022

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan sambung belajar Sijil Kemahiran Malaysia di Institut Kraftangan, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar di talian berikut:

  • 03-60915322/019-3005709
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...