Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bukan Tips, Tapi Boleh Rujuk Perkongsian Ini Untuk Lulus Ujian & Temuduga Juruukur Bahan J41

1,305

Pelbagai cara dilakukan untuk lulus ujian online SPA sampai segala tips yang ada semuanya dibuat. Tapi apa yang sedihnya, tetap juga tak lulus!

Saudara Akmal Rozman ada berkongsikan pengalaman beliau ketika menduduki Ujian Psikometrik bagi jawatan Juruukur Bahan J41 dengan keputusan lulus ujian seterusnya lulus temuduga.

Apa yang dibuat serta diamalkan oleh saudara Akmal Rozman sehinggakan proses beliau mendapatkan pekerjaan berjalan dengan lancar.

TIPS UJIAN PSIKOMETRIK

Mengikut saudara Akmal Rozman, beliau tidak mempunyai tips yang khas untuk menjawab soalan Ujian Psikometrik sebaliknya membuat persediaan dan menjawab soalan seperti berikut:

Ada 199 soalan perlu dijawab dalam tempoh 1 jam 30 minit. Soalan yang menguji personaliti setiap calon.

Beliau juga tidak tahu apakah kriteria untuk LULUS Ujian Psikometrik ini. Cuma beliau berpegang kepada 3 perkara ini:

Saya tidak sesekali tekan butang jawapan SEDERHANA/TIDAK PASTI.

Konsisten. Soalan dibahagi kepada dua dan diterbalikkan struktur ayat.

Contoh:

Soalan 7: Saya memberikan kerjasama penuh bagi setiap tugasan yang diberikan.
Soalan 149: Saya tidak memberikan kerjasama penuh bagi setiap tugasan yang diberikan.

A) SANGAT SETUJU
B) SETUJU
C) SEDERHANA
D) TIDAK SETUJU
E) SANGAT TIDAK SETUJU

Jika soalan no. 7 saya jawab SANGAT SETUJU, soalan no. 149 saya akan jawab SANGAT TIDAK SETUJU. Konsisten.

SPA takkan semak jawapan anda satu persatu dan takkan minta penjelasan kenapa anda pilih jawapan tersebut. Jadi, tak perlu takut untuk buat pilihan jawapan.

TIPS TEMUDUGA

Beliau hanya mengikuti tips daripada Ts. Naqiuddin Jamil iaitu FORMALITY. Kerana itu adalah kriteria yang akan ditengok oleh SPA.

Apa yang dibuat oleh saudara Akmal Rozman adalah:

1. Penampilan

  • Penampilan mesti sempurna 100% kemas. Kemeja putih, tali leher, suit semua hitam, stokin hitam, kasut kulit hitam kilat, tanda nama, rambut sisir rapi.

2. Fail

  • Fail tersusun kemas. Pastikan fail warna hitam/kelabu tanpa corak sahaja. Susunan sijil seperti berikut:

    Sijil anugerah & penglibatan (Universiti)
    a) Pencapaian
    b) Jawatan
    c) Penyertaan

    Sijil anugerah & penglibatan (Sekolah)
    a) Pencapaian
    b) Jawatan
    c) Penyertaan

    Ingat:
    a) Susunan ‘flysheet’ mesti di sebelah kiri.
    b) Sijil letak yang penting dan tidak berulang.
    c) Fail kalau boleh biar muat-muat untuk semua dokumen. Jangan terlalu banyak lebihan plastik di belakang.

Bukan Tips, Tapi Boleh Rujuk Perkongsian Ini Untuk Lulus Ujian & Temuduga Juruukur Bahan J41

3. Adab/etika ketika temuduga

  • Sebelum masuk bilik temuduga, ketuk pintu 3 kali. Buka pintu, beri salam dan disertai, “Boleh saya masuk?”
  • Pegang fail di sisi kanan, beg tinggal di luar.
  • Serahkan fail guna kedua-dua belah tangan dan tulisan fail menghadap ke arah panel.
  • Duduk selepas diarahkan.
  • Jawab setelah diminta.

4. Terima kasih

  • Ucapkan terima kasih secara ringkas setiap kali diberikan soalan, kemudian baru teruskan dengan jawapan.

    a) “Terima kasih atas soalan”
    b) “Terima kasih atas soalan yang diberikan”

5. Salinan isi fail

  • Buat satu salinan semua isi kandungan fail. Untuk panel kedua. Sebenarnya tak perlu pun, sebab mereka akan rujuk system MyResume. Tapi beliau sengaja nak tunjukkan persediaan rapi kepada panel.

    a) Akhir sekali sebelum keluar, ambil fail menggunakan kedua-dua belah tangan, berundur beberapa langkah dan tunduk sambil ucap terima kasih.

6. Soalan temuduga

  • Antara soalan yang saya dapat daripada wakil SPA.

    a) Saya tengok awak banyak jawatan di sekolah dan universiti. Siapa yang lantik awak?
    b) Kenapa mereka pilih awak?
    c)  Awak tak nak buka syarikat sendiri? (Soalan maut, tak mungkin beliau tak nak..)
    d) Kenapa awak nak masuk sektor awam?
    e) Kenapa kami perlu pilih awak?

  • Soalan daripada wakil JKR.
    a) Kos keseluruhan RM/sqft untuk pembinaan sebuah sekolah?
    b) Pecahan kandungan dalam PDA?

Selebihnya beliau banyak ceritakan pengalaman kerja dan penting untuk yakinkan panel bahawa anda lah calon yang mereka cari.

TIPS-TIPS TEMUDUGA

Anda juga boleh mendapatkan beberapa tips-tips temuduga melalui pautan berikut:

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...