Temuduga Guru One-Off SPP Bermula 8 September Ini Mengikut Opsyen Secara Berfasa. Buat Semakan Sekarang
Pemohon bagi jawatan Guru One-Off DG41 pastinya tertunggu-tunggu bilakah temuduga untuk permohonan jawatan tersebut akan diadakan, bukan?
Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melalui Facebook rasmi mereka telah memaklumkan bahawa urusan temuduga untuk jawatan Guru One-Off DG41 akan diadakan dalam masa yang terdekat ini.
Untuk makluman anda, urusan temuduga untuk jawatan Guru One-Off DG41 juga akan diadakan secara berfasa bermula 8 September 2021 dan mengikut opsyen yang telah ditetapkan. Sudah bersediakah anda?
TARIKH SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA FASA 1
Isi Kandungan
Calon boleh membuat semakan panggilan temuduga Guru One-Off Fasa 1 di Portal SPP mulai:
- 3 September 2021
TARIKH TEMUDUGA GURU ONE-OFF
Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), urusan temuduga Guru One-Off DG41 akan diadakan secara berfasa mulai:
- 8 September 2021
KAEDAH TEMUDUGA
Kaedah temuduga yan akan dijalankan adalah secara:
- Online
CALON TERLIBAT TEMUDUGA GURU ONE-OFF DG41
Selain dari itu, untuk urusan temuduga kali ini juga, ia hanya melibatkan calon seperti berikut:
- Calon Graduan
- Calon Bakal Graduan Pendidikan
Calon ini mestilah lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan oleh SPP.
PAUTAN SEMAKAN
Anda boleh membuat semakan panggilan temuduga dipautan berikut:
- https://semakan.spp.gov.my/semakan/
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik HANTAR untuk semakan.
SENARAI OPSYEN TEMUDUGA
Bagi temuduga Fasa 1, hanya calon-calon bagi opsyen berikut sahaja yang akan dipanggil temuduga:
- Bahasa Cina
- Bahasa Semai
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazan Dusun
- Muzik
- Tahfiz
- Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
- Pendidikan Seni/Seni Visual (SJKC)
- Pendidikan Khas (SJKC)
- Pendidikan Moral (SJKC)
- Muzik (SJKC)
- Sejarah (SJKC)
- Reka Bentuk Teknologi (SJKC)
- Matematik (SJKC)
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC)
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.