Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Temuduga Guru One-Off SPP Bermula 8 September Ini Mengikut Opsyen Secara Berfasa. Buat Semakan Sekarang

1,808

Pemohon bagi jawatan Guru One-Off DG41 pastinya tertunggu-tunggu bilakah temuduga untuk permohonan jawatan tersebut akan diadakan, bukan?

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melalui Facebook rasmi mereka telah memaklumkan bahawa urusan temuduga untuk jawatan Guru One-Off DG41 akan diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Untuk makluman anda, urusan temuduga untuk jawatan Guru One-Off DG41 juga akan diadakan secara berfasa bermula 8 September 2021 dan mengikut opsyen yang telah ditetapkan. Sudah bersediakah anda?

TARIKH SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA FASA 1

Calon boleh membuat semakan panggilan temuduga Guru One-Off Fasa 1 di Portal SPP mulai:

  • 3 September 2021

TARIKH TEMUDUGA GURU ONE-OFF

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), urusan temuduga Guru One-Off DG41 akan diadakan secara berfasa mulai:

  • 8 September 2021

KAEDAH TEMUDUGA

Kaedah temuduga yan akan dijalankan adalah secara:

  • Online

CALON TERLIBAT TEMUDUGA GURU ONE-OFF DG41

Selain dari itu, untuk urusan temuduga kali ini juga, ia hanya melibatkan calon seperti berikut:

  • Calon Graduan
  • Calon Bakal Graduan Pendidikan

Calon ini mestilah lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan oleh SPP.

Nota: Setiap calon hanya akan dipanggil temuduga sekali sahaja mengikut opsyen yang ditetapkan oleh SPP.

PAUTAN SEMAKAN

Anda boleh membuat semakan panggilan temuduga dipautan berikut:

Temuduga Guru One-Off SPP Bermula 8 September Ini Mengikut Opsyen Secara Berfasa

SENARAI OPSYEN TEMUDUGA

Bagi temuduga Fasa 1, hanya calon-calon bagi opsyen berikut sahaja yang akan dipanggil temuduga:

  • Bahasa Cina
  • Bahasa Semai
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazan Dusun
  • Muzik
  • Tahfiz
  • Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
  • Pendidikan Seni/Seni Visual (SJKC)
  • Pendidikan Khas (SJKC)
  • Pendidikan Moral (SJKC)
  • Muzik (SJKC)
  • Sejarah (SJKC)
  • Reka Bentuk Teknologi (SJKC)
  • Matematik (SJKC)
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC)
Pemakluman panggilan temuduga adalah hanya kepada calon yang layak sahaja. Calon-calon yang memohon tetapi tidak melepasi tapisan tidak akan menerima sebarang pemakluman semasa proses semakan panggilan temuduga kelak.

KENYATAAN MEDIA

Temuduga Guru One-Off SPP Bermula 8 September Ini Mengikut Opsyen Secara Berfasa

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...