Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Gantian Sijil Nikah, Cerai & Rujuk Mangsa Banjir Pahang Percuma! Tak Perlu Bayar Apa-Apa

1,390

Banyak betul dokumen-dokumen penting rosak dan hilang akibat banjir baru-baru ini. Tak sempat nak selamatkan kerana air naik secara tiba-tiba.

Dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, sijil lahir dan pasport boleh dibuat baharu secara percuma sahaja di Jabatan Pendaftaran Negara dengan membawa laporan polis seperti yang ditetapkan JPN.

Bagaimana pula dengan manhsa banjir yang kehilangan atau kerosakan dokumen penting seperti sijil nikah, cerai dan rujuk? Percuma atau kena bayar jugak ke?

PENGGANTIAN SIJIL NIKAH, CERAI & RUJUK MANGSA BANJIR

Bagi mangsa banjir di negeri Pahang yang kehilangan atau kerosakan Sijil Nikah, Cerai dan Rujuk, Pejabat Agama Islam Pahang (JAIP) akan akan digantikan secara:

  • Percuma!

“Kebiasaannya caj bayaran yang dikenakan bagi carian dan salinan dokumen ialah RM20 bagi setiap satu, namun kali ini ia diberikan secara percuma bagi meringankan beban mangsa banjir memandangkan dokumen ini penting untuk urusan masa depan mereka yang berkenaan.”

Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Jadi, anda tak perlu membuat sebarang bayaran untuk mendapatkan penggantian dokumen-dokumen ini.

TEMPOH PENGGANTIAN SIJIL NIKAH, CERAI & RUJUK

Inisiatif penggantian Sijil Nikah, Cerai dan Rujuk ini akan dijalankan dalam tempoh berikut:

  • 2 bulan (bermula 3 Januari 2022)

LOKASI PERMOHONAN PENGGANTIAN

Jadi, mangsa banjir boleh mendapatkan penggantian Sijil Nikah, Cerai dan Rujuk di:

  • 14 pejabat agama daerah Pahang tanpa perlu membuat janji temu bermula 3 Januari 2022.

Menurut Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail:

  • Kira-kira 10,000 keluarga Islam berdepan risiko kemusnahan dokumen penting termasuk sijil berkenaan selepas rumah mereka terjejas akibat banjir besar yang melanda Pahang sejak 17 Disember 2022.
  • Inisiatif itu akan dijalankan selama dua bulan dan ia dijangka melibatkan penggantian sejumlah 8,000 sijil nikah, 1,500 sijil cerai dan 500 sijil rujuk.

DOKUMEN JPJ ROSAK/HILANG AKIBAT BANJIR

Bgai mangsa banjir yang kehilangan dokumen JPJ akibat banjir juga boleh mendapatkan gantian secara percuma seperti berikut:

  • Pemilik dokumen perlu hadir sendiri dengan membawa dokumen asal yang rosak untuk mendapatkan salinan gantian.
  • Mengemukakakn salinan laporan polis sebagai bukti kehilangan.
  • Kemukakan Borang Pendaftaran Mangsa Bencana yang dikeluarkan Pejabat Daerah/JKM

Dokumen Penting JPJ Rosak / Hilang Akibat Banjir Boleh Diganti Secara Percuma Sahaja

Untuk info yang lebih lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut:

Buat mangsa-mangsa banjir yang terlibat, jangan susah hati. Semua dokumen penting anda boleh digantikan secara percuma.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...