Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Geran Bantuan Khas RM3,000 Agensi Pelancongan & RM600 Pengusaha Homestay Secara One -Off

1,766

Industri pelancongan juga turut menerima pelbagai bantuan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA untuk menggalakkan semula ekonomi sektor pelancongan.

Antara mereka yang bakal menerima manfaat daripada Inisiatif Kelapan PEMERKASA iaitu Merangsang Semula Sektor Pelancongan dan Peruncitan ialah Agensi pelacongan dan pengusaha homestay yang berdaftar dengan MOTAC.

Baca juga: PEMERKASA: Bantuan Tunai One-Off RM500 Kepada Golongan B40 & Penerima BPR

GERAN BANTUAN KHAS ONE-OFF RM3,000

Geran bantuan khas sebanyak RM3,000 akan dibayar kepada:

  • Lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

BANTUAN TUNAI ONE-OFF RM600

Kerajaan juga bersetuju untuk menyediakan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM600 kepada:

  • Pengusaha homestay yang berdaftar dengan MOTAC.

Bantuan ini dijangkakan dapat memanfaatkan lebih 4,000 tuan rumah atau pengusaha Program Pengalaman Homestay.

LAIN-LAIN BANTUAN SEKTOR PELANCONGAN

Antara bantuan-bantuan lain yang disediakan untuk menggalakkan sektor pelancogan dalam negara ialah:

  • Melanjutkan pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel sehingga 31 Disember 2021.
  • Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan sehingga tahun taksiran 2022.
  • Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021 diberikan kepada syarikat industri pelancongan dan industri terpilih seperti panggung wayang dan spa.
  • Memberi pengecualian duti hiburan ke atas bayaran kemasukan ke tempat hiburan seperti taman tema, persembahan pentas, acara sukan dan pertandingan serta tayangan filem pawagam di semua Wilayah Persekutuan.
  • Memperluas skop pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk meliputi perbelanjaan pembelian pakej pelancongan melalui ejen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.
  • Memberi pengecualian levi HRDF bagi syarikat sektor pelancongan dan peruncitan yang terjejas untuk tempoh sehingga Jun 2021.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai geran khas agensi pelancongan dan bantuan RM600 pengusaha homestay di saluran berikut:

  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
    No. 2, Menara 1, Jalan P5/6
    Presint 5
    62200 PUTRAJAYA
  • Telefon: 03 8000 8000
  • Laman rasmi MOTAC: http://www.motac.gov.my/
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...