Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Subsidi Pembelian Telefon & Peranti Baharu Sebanyak RM300 Untuk Isi Rumah

1,276

Bagi merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara, Kerajaan telah menambah subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu daripada RM180 dalam Belanjawan 2021 kepada RM300 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi PEMERKASA.

Bantuan ini adalah disasarkan kepada Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi setiap isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.

Untuk pengetahuan anda juga, program ini akan dilancarkan pada bulan Mei 2021 nanti.

Baca juga: PEMERKASA: Bantuan Tunai One-Off RM500 Kepada Golongan B40 & Penerima BPR

GOLONGAN SASARAN SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON & PERANTI BAHARU

Golongan sasaran untuk menerima subsidi pembelian telefon dan peranti baharu ialah:

  • Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi setiap isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.

JUMLAH SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON & PERANTI BAHARU

Jumlah subsidi bagi pembelian telefon dan peranti baharu adalah sebanyak:

  • RM300 berbanding RM180 semasa Belanjawan 2021

Subsidi Pembelian Telefon & Peranti Baharu Sebanyak RM300 Untuk Isi Rumah

PAKEJ INTERNET MAMPU MILIK

Pihak kerajaan juga turut menyeru syarikat telekomunikasi untuk:

  • Menawarkan pakej internet mampu milik dan terus menyediakan kuota data tambahan.

PENAMBAHBAIKAN SISTEM DIGITAL NEGARA

Selain daripada subsidi bagi pembelian telefon dan peranti baharu, Kerajaan juga membuat beberapa penambahbaikan seperti berikut:

  • Rangka kerja MyDIGITAL dan Ekonomi Digital Malaysia telah menggariskan perkhidmatan 5G komersil sebagai keperluan terpenting kerana internet kelajuan tinggi adalah perlu untuk mencetuskan inovasi dan peluang kerja baru dalam ekonomi digital negara. Oleh itu, perkhidmatan 5G dijangka akan beroperasi secara berperingkat mulai hujung tahun ini.
  • Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar terutamanya di luar bandar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM telah memperuntukkan 3.2 bilion ringgit untuk tahun 2021 di bawah Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat bagi menaik taraf stesen pemancar sedia ada dan menyediakan capaian gentian optik ke premis-premis berkaitan.
  • SKMM akan memperkenalkan program MyBAIKHATI dengan kerjasama pihak syarikat telekomunikasi sebagai inisiatif crowdsourcing peranti. Program ini akan dimulakan dengan penganjuran kempen kutipan peranti terpakai seperti komputer riba yang akan dibaik pulih dan diagihkan kepada antara lain Pusat Internet Komuniti dan pertubuhan komuniti.

Baca juga: Geran Bantuan Khas RM3,000 Agensi Pelancongan & RM600 Pengusaha Homestay Secara One -Off

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...