Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Elaun Pekerja Cacat RM1,500 Sebulan Melalui Program PEMERKASA

1,950

Pekerja dari gologan Orang Kurang Upaya (OKU) akan menerima manfaat dari segi kenaikan bantuan Elaun Pekerja Cacat iaitu dari RM1,200 kepada RM1,500 sebulan.

Hal ini kerana pekerja dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga mendapat tempias daripada pandemik Covid-19 seperti orang lain iaitu tiada pendapatan, jejas pendapatan serta hilang pekerjaan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Baca juga: Subsidi Pembelian Telefon & Peranti Baharu Sebanyak RM300 Untuk Isi Rumah

GOLONGAN SASARAN KENAIKAN BANTUAN ELAUN PEKERJA CACAT

Golongan sasaran untuk menerima bantuan ini ialah:

  • Hampir 5,000 orang kelainan upaya yang terjejas sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

JUMLAH ELAUN PEKERJA CACAT PEMERKASA

Jumlah elaun pekerja cacat terkini yang bakal diterima oleh pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) ialah:

  • RM1,500/sebulan

LAIN-LAIN BANTUAN PRIHATIN OKU PEMERKASA

Lain-lain bantuan yang akan diberikan kepada golongan OKU yang dinyatakan ketika pembentangan PEMERKASA ialah:

  • Tambahan sebanyak 20 juta ringgit untuk memperkukuhkan program di bawah institusi seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat termasuk program keusahawanan termasuk memasarkan produk bakeri dan hasil tangan oleh OKU dan warga emas.
  • Golongan OKU akan berpeluang untuk mendaftar dan memperbaharui perniagaan mereka dengan SSM secara percuma sebagai galakan menceburi bidang perniagaan.
  • BSN telah menyediakan sebanyak 25 juta ringgit di bawah Skim Mikrokredit ISTIMEWA bagi golongan OKU menceburi bidang perniagaan dengan had pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit dan kadar faedah serendah 3 peratus.

Elaun Pekerja Cacat RM1,500 Sebulan Melalui Program PEMERKASA

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN OKU DENGAN JKM

Langkah-langkah untuk membuat pendaftaran OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:

PENDAFTARAN BARU

Untuk pendaftaran kali pertama anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut:

  • Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta.
  • Satu salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad.
  • Satu keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.

Langkah-langkah mendaftar dengan lengkap, sila dapatkan di:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran OKU dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di saluran berikut:

  • Telefon: 03-8323 1656 / 03-8323 1658
  • Facebook: JKM

Atau terus kunjungi cawangan JKM yang terdekat dengan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...